“Siap Mvat Nalk Di IG,” Netizen Tak Sangka Mira Filzah ‘Peminat’ Blackpink

Kumpulan Kpop wanita dibawah YG Entertainment, Blackpink rasanya tidak perlu lagi diperkenalkan malah gandingan empat penyanyi ini menjadikan mereka satu-satunya kumpulan yang paling berpengaruh selepas 2NE1 yang dibarisi oleh Rose, Jennie, Jisoo dan Lisa.

Mula diperkenalkan pada 2016, kumpulan Blackpink berjaya menarik perhatian sekali gus mencetuskan fenonema luar biasa dengan suara dan lagu-lagu mereka.

Antara lagu nyanyian mereka yang paling diminati ramai, Ddu-Du-Ddu-Du dan Kill This Love sering meniti dibibir peminat mereka.

Walau bagaimanapun, setelah sekian lama rindu Blinks terhadap kumpulan Blackpink akhirnya terubat apabila setelah hampir setahun lagu baharu kumpulan popular itu ditunggu ramai dan tidak disangka-sangka kelmarin dilancarkan lagu baru berjudul How You Like That.

Seperti biasa, lagu mereka baru saja dilancarkan di Youtube sudah berjaya menarik perhatian pengguna Youtube dimana ianya sudah mendapat jutaan tontonan.

Biarpun begitu, ia tidak lagi menjadi kejutan kerana pengaruh kumpulan ini bukan saja dinegara mereka malah dinegara luar juga Blackpink sering trending. Ternyata, pelakon popular Mira Filzah turut meminati kumpulan ini sehingga di Instagram peribadinya, dia juga memuat naik mengenai lagu baru Blackpink tersebut.

“How you like that?….”

Selain poster kumpulan Blackpink dimuat naik pelakon terkenal ini meraih lebih 90,000 tanda suka, diruangan komen turut dihujani pelbagai reaksi netizen yang dalam pada masa yang sama tidak menyangka, Mira Filzah turut mengikuti perkembangan lagu Blackpink.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Diari Artis

Sumber : HCL

Be the first to comment on "“Siap Mvat Nalk Di IG,” Netizen Tak Sangka Mira Filzah ‘Peminat’ Blackpink"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*