Suamiku doktor dan aku engineer, suami terkantoi check in ramai perempuan, paling tak sangka nurse tudung litup sanggup serah diri sekali ajak je

Tak perlu aku perkenalkan diri. Korang bukan nak berbual dengan aku pun jadi tak payah la aku susah payah nak letak nama. Nama samaran pulak tu ceh.

(Note: This is a 15 mins read. Kalau rasa tak suka baca panjang2, boleh skip pergi kat confession lain. Kau dah kenapa susah payah menyinggah hanya kerana nak bagitau kat alam semesta yang kau tu pemalas membaca. Malu mana malu?)

Ok straight to the point. Aku sebenarnya adalah isteri yang mengalami situasi yang hampir sama dengan penulis confession tu. Cuma bezanya aku dah hidup dalam dunia post-kecurangan tu selama 6 tahun sekarang ni.

In case korang tertanya2 macam mana kehidupan selepas kita pilih untuk beri peluang kepada suami, so here I am to share what it looks like in the future if korang pilih untuk bagi peluang kedua. So hyee aku datang dari masa depan *waving*

Sebenarnya aku dengan suami aku kahwin atas dasar suka sama suka. Dia seorang doktor manakala aku seorang engineer. Tempoh percintaan kami tak lama sebab kami memang pasti yang kami sangat2 dilamun cinta dan duit pun dah ada, apa lagi kahwin saja la kan.

Jadi dunia bercinta kami ni tak banyak ranjau sangat la. Except sepanjang pertunangan kami bekerja berbeza negeri jadi susah nak ambik tahu aktiviti masing2.

Di awal tempoh bekerja, suami aku ada sedikit masalah asjustment dengan tempat kerja. Jadi ada masa2 dia menunjukkan disiplin kerja ke laut.

Mak mertua aku pulak beranggapan kalau dia percepatkan perkahwinan kami, mudah la aku nak memantau si suami. Entah pergi kerja ke tidak dia tu. Makan ke tidak.

Alhamdulillah aku dapat offer kerja dekat dengan suami jadi lepas kahwin memang kami terus duduk sekali. Selesai semua masalah.

Sehingga la satu hari aku ternampak ada mesej masuk time dia tengah solat. Something like perempuan tu ucapkan terima kasih for a wonderful day camtu la lebih kurang. Itu first time aku hadapi situasi macam tu. Gigil memang takyah cakap la first experience kan. And itu pergaduhan dahsyat kitorang yang pertama.

Tapi sebab aku dikelilingi kawan2 perempuan yang suami masing2 pun buat hal, jadi aku anggap semua ni lumrah dalam rumahtangga. Aku maafkan dia, tapi ofkos aku tak lupakan.

Aku busy, dia busy, jadi kami tak banyak masa bersama. Jadi suami aku ni pasang la sparepart kat tempat kerja di kalangan nurse2 untuk fill in the gap.

Aku pun banyak kawan2 lelaki sesama engineer yang hensem2 belaka di tempat kerja tapi aku tak pernah over2 dengan diorang sebab aku fikir kalau aku menggelenyar mesti diorang akan tertanya2 siapa suami aku yang malang sangat dapat isteri terhegeh2 ni?

Jadi aku tunjukkan peribadi yang mulia supaya kawan2 sekeliling ni terfikir betapa beruntungnya suami aku dapat isteri yang sedar di mana bumi dipijak.

Indirectly aku sebenarnya nak menjaga maruah suami aku jugak la. Ok done puji diri. Jadi, itu la bezanya tahap kesetian lelaki dengan perempuan yer tuan2 dan puan2.

Fast forward, masuk tahun ke 4 perkahwinan, aku dah semakin lali dengan kes2 suami aku terkantoi mesej perempuan lain, kantoi simpan second phone dalam bonet, kantoi fb mesenger dgn kerani kat tempat kerja dia, macam2 lagi la.

Tipu la kalau kata aku tak bergaduh besar. Memang aku maki2 kan dia je. Siap kerusi meja makan pun aku angkat sebab nak pukul dia. Jiran2 dengar ke tak ke aku memang tak ambik pusing.

Bagi aku, kau pandai buat taik, kau kena berani hadap aku punya gila. Dengan imej luaran aku, korang takkan sangka seganas mana aku punya mengamuk.

Setiap kali kantoi, setiap kali tu la handphone suami akan berderai dekat dinding. Aku tak peduli iphone ke nokia ke semua aku baling.

Aku tak heran dalam tu ada nota2 penting ke, info2 berkaitan kerja dia kat hospital ke, group whtsapp ke apa ke, itu dia kena tanggung sendiri.. berani buat berani lah tanggung.

Maka tergedik2 la suami cari phone baru murah2 malam tu jugak sebab group2 whatsapp tempat kerja terlalu aktif, dia tak boleh hilangkan diri sikit pun.

Komitmen kami pun dikongsi 50-50. Jadi setiap kali dia terkantoi mengorat perempuan lain, aku akan pass satu komitmen aku ke dalam senarai komitmen dia. Dia buat lagi, aku pass lagi. Lama2 dia makin misekin, aku makin kahaya hahaha.

Okay.

Tapi suatu hari, aku terima mesej dari sorang lelaki mengadu yang suami aku bermain cinta dengan wife dia. Aku ingat lagi aku ucap terima kasih kat dia sebab bagitau aku sebab aku kenal sangat2 perangai suami aku. First time dengar dia mengadu aku dah terus percaya dah.

Tak perlu susah payah nak sertakan bukti untuk convince aku. Dia bagi no phone suami aku yang digunakan untuk bercintan cintun dengan wife dia. Aku call, suami aku terus m4tikan. Suami aku mengaku kat aku, time aku call dia tu sebenarnya dia dah start menggigil.

Pencabar aku kali ni bukan kaleng2 yer. Dia sangat cantik, kerja engineer jugak, anak orang kaya, tapi ada masalah rumahtgga dengan suami.

Jujur aku cakap, berpuluh2 kes curang suami aku sebelum ni, aku takde rasa tercabar sangat sebab perempuan2 yang dia mengorat tu semuanya kategori asal boleh je. Asal nama kau perempuan, tak cantik pun takpe, in shaa Allah suami aku akan mengorat. Haha.

Dari kes ni membawa kepada penemuan satu handphone rahsia yang suami aku guna. As usual, aku rampas phone tu and bergaduh besar lagi.

Tapi kali ni suami aku tersilap cara. Dia uninstalled whatsapp tanpa delete dulu semua conversation. Jadi bila aku install balik whatsapp tu, semua conversation2 dia restored balik. Beribu2 message.

Dari situ terpapar semua aktiviti2 dia dengan beberapa perempuan. Yang janda, andartu, cashier noob, kerani kilang, semua ada. Dan ada antara beberapa daripada diorang tu ada perbualan yang jijik dan meloyakan.

Aku masih berbaik sangka, mungkin diorang cuma berimaginasi, until.. aku terjumpa gambar2 selfie diorang dalam bilik hotel.

Aku ingat lagi background music kat rumah aku time ni adalah lagu Lets Go Pocoyo yang anak aku selalu tengok. Sampai sekarang bila aku dengar lagu pocoyo ni aku akan menggigil sebab seolah2 aku berada dalam situasi ni balik.

Bayangkan, aku dah lali dengan kes dia mengorat setakat bermesej2. Aku ingat lelaki ni paling2 pun mesti akan ada kegatalan jugak yang perlu disalurkan every now and then so aku setakat bergaduh2 jela dengan dia.

Tapi bila dia dah pandai check in hotel, bagi aku, ni dah another level. Serious aku tak boleh terima.

Aku ambik cuti seminggu untuk tenangkan diri. Keesokannya aku pergi ke pejabat agama. Aku call suami aku untuk datang sekali. Masa ni aku nak failkan perceraian dah tapi ofis takde orang.

Jadi aku panggil suami aku masuk dalam kereta aku, tapi aku suruh dia duduk kat belakang, while aku remain dekat driver seat. Aku suruh dia mengaku semua sekali dekat aku. Bila, dengan siapa, berapa lama. Semua2 la.

Muka dia masa ni monyok macam budak kecik kena siasat dengan mak. Dia mengaku dia check in dengan beberapa perempuan yang berbeza, dan setiap seorang daripada diorang tu pun berulang beberapa kali.

Jangan terkejut yer nurse yang bertudung litup pun boleh mengikut dengan sekali ajak je. Makcik kerani mrsm yang andartu pun selamba jer serah diri dekat lelaki yang dikenali di chatting apps. Tu la betapa dahsyatnya dunia diorang bagi aku.

Hubungan suami dengan wife orang tu tak ke mana la lepas tu. Just relationship diorang jadi asbab untuk big catch yang tu la.

In fact dengan siapa2 pun sebelum tu setiap kali dia terkantoi mengorat siapa2 pun lepas tu suami aku akan terus tinggalkan diorang di tengah jalan macam tu je. Ada yang suruh suami aku tinggalkan aku and kawen dengan diorang pun. Tapi suami aku taknak la.

Bila aku tanya kenapa, dia cakap, nak jaga satu rumahtangga pun jenuh, apatah lagi dua tiga. Dari situ aku tau suami aku type yang not really into poligami. Tapi type yang suka flirt around. Sekarang ni aku dah berkawan dengan si wife tu.

The reason being is aku agak berterima kasih sebab kerana diorang suami isteri, aku dapat kantoikan suami aku besar-besaran and aku boleh bambu suami aku cukup2.

Satu lagi sebab aku bersyukur dia jenis yang jaga diri jugak, suami aku penah mintak nak pegang tangan dia tapi dia taknak sebab dia tak b****h.

Ye, aku mengaku dia tak seb****h perempuan2 lain yang desperate nak berlaki tu. And for that, i thanked her, and should be her friend, instead of her enemy.

Plus, dia layan suami aku pun sebab nak retaliate suami dia pun perangai sama jugak. So aku tak patut salahkan dia. Aku doakan rumahtangga diorang aman bahagia selamanya. Yang lain2 sampai tergadai body tu, yang tu aku memang kecam bersungguh2 la.

Sebenarnya time terbongkar semua aktiviti diorg tu, jujur time ni aku seconfuse perempuan2 lain jugak. Aku memang takde kekuatan untuk buat keputusan dan aku pun tak tahu kalau aku buat keputusan, keputusan tu akan jadi keputusan yang bijak ataupun tak.

Aktiviti check in tu pun dah habis dah even before dia mengorat wife orang tu lagi. Jadi aku agak terlambat la. Tapi Allah mudahkan urusan aku menjejaki pompuan2 tu dengan cara yang aku tak sangka2.

Jadi setiap daripada diorang pun sempat la dapat semburan berbisa daripada aku sebelum betul2 hilang selama-lamanya dari hidup aku.

Sebenarnya malam terkantoi dosa suami berlatarbelakangkan lagu Lets Go Pocoyo tu, aku terus jumpa ayah aku. Terbayang lagi wajah sugul ayah aku time ni. Penuh dengan riak kesal dengan apa yang menimpa rumahtangga aku. Ayah aku cakap beri peluang kedua demi anak.

Bear in mind, aku masa ni sangat2 kosong. Aku memang bersandarkan kepada keputusan orang yang lebih tua dari aku, lebih berpengalaman dari aku, dan yang paling penting, yang aku sayang dan aku horm4ti.

Ok berbalik kepada situasi di pejabat agama. Aku terus terang kat suami aku aku rasa macam nak bvnvh dia jer. Benci betul aku tengok muka dia masa tu. B****h terlajak-lajak.

Jadi aku pun drive kereta, bawak suami aku keluar daripada pekan yang kami duduk ni. Aku nak seek advise daripada orang yang aku percaya. Suami aku pun pasrah jela ikut aku. Yang aku terbayang time ni someone like ajk masjid or something.

Tapi taknak masjid dekat2 dengan kitorang sebab aku risau diorang member2 dengan ayah aku je. Tak feel la nak bukak aib semua kan demi secebis nasihat.

So aku melajak sejauh-jauhnya, and berenti kat satu masjid kubah hijau ni. Kami berdua time ni macam orang blur yang taktau arah tuju. Kami mintak nak bersembang jap dengan imam masjid. Aku still ingat nama ustaz ni tapi aku keep this to myself la.

Ustaz ni dengar cerita kami dengan penuh teliti. Kemudian dia cakap kat suami aku, kalau hukum hudud ni, awak ni dah tak wujud dah kat dunia ni tau tak?

Awak mungkin takkan rasa dugaan ni sehebat yang isteri awak rasa, sebab awak yang buat, bukan dia. Jadi awak takkan dapat rasa s3ksanya tu macam mana.

Cuba awak fikir, walaupun dah beberapa kali awak ulang kesalahan yang sama, tapi Allah masih tak kantoikan awak contohnya ada orang datang tangkap khalwat ke apa ke, jadi anggap la Allah masih nak bagi peluang kepada awak.

Kalau tak, dah lama aib awak terbukak dan kena hukum la. Fahaman aku kat sini, mungkin ustaz ni nak cakap, Allah lebih Mengetahui bila Dia kehendaki seseorang tu dah tiba masanya untuk dihukum hudud, maka dibongkar la kesalahan dia.

Bila mana benda tu masih dilindungi, anggap la Allah masih beri peluang. Macam tu la kot. Apa pendapat korang?

Kepada aku pulak, ustaz tu cakap, kalau awak pilih untuk beri peluang, maknanya awak kena beri peluang yang sebenar2 beri peluang.

Jangan dibongkar cerita ni kepada anak cucu cicit awak nanti. Kena simpan kemas2 walaupun saya tau tak mungkin awak boleh lupakan sampai bila2.

Lepas tu kami sambung bersembang lagi, tapi lebih kepada mengadu la kat ustaz tu. Aku mengadu, laki aku defend diri, aku balas balik, laki aku balas balik, last2 ustaz tu cakap haihh pening la saya dengan awak berdua ni lol.

Aku dah hilang no telefon ustaz ni. Dia ada bagi satu ayat untuk aku amalkan tapi aku dah hilangkan ayat tu. Still ingat2 lupa, kalau aku jumpak dalam Al Quran tu in shaa Allah aku boleh cam.

Sekarang ni dah 6 tahun berlalu, korang tau tak hidup kitorang macam mana?

Nampak normal macam orang lain. Bercuti ke sana sini. Post gambar2 bahagia kat media sos**l. Dah bertambah2 dah anak. Dan dah takde kes baru.

Tapi perbualan kitorang (actually ayat aku) tak pernah clean daripada mengungkit kesalahan suami. Macam orang yang patah hati tapi nak share resipi buat kek tu.

Pecahkan 2 biji telur, macam mana awak pecahkan hati saya dulu. Kacau2 hingga sebati, macam mana awak kacau ketenangan hati saya dulu. Haa mcm tu la gayanya. Pantang ada peluang, mesti nak selit.

Kadang tu aku nampak pompuan mana2 je kat shopping mall, aku akan panggil husband pastu tunjuk kat dia. Haa tgk tu macam girlfriend abang dulu tu yang tak lawo tapi gatal tu kan muka dia. Suami aku pulak balas “ishh geli la sudah la abang taknak ingat dah. Bluwek”

Ada masa2 bila gila aku datang, aku akan cari pasal dengan suami.

Ada masa2 out of nothing, aku akan ajak suami aku bercerai.

Aku cakap kita boleh kekalkan hubungan baik kita tapi not stay married like this. Sebab aku tak tengok dia the same way as before dah. Dia sentuh orang lain selain aku kot. How heartbreaking is that..

Kadang2 aku merempan meroyan panjang2 kat whatsapp dia sampai dia bergegas balik dari hospital untuk mintak maaf lagi dekat aku untuk kesalahan 6 tahun lepas. Dia cakap takde perempuan lain yang dia sayang selain aku.

Dia cakap dia rasa rendah diri jadi flirting ni somehow boost confidence level dia la as a man. Aku pun taktau aku patut percaya ke tak. Tapi selalunya aku akan balas, “Yela, ayang dengar je tapi ayang tak percaya punnnnn”.

Dia takut aku akan kawen lain kalau dia ceraikan aku. Dia tak sanggup hadapi tu. Aku cakap, aku dah tak teringin nak kawen dah. Hidup single lagi best.

Setiap kali aku jadi gila, setiap kali tu suami aku akan extra effort buat kerja rumah, extra effort layan anak2 bermain, beli macam2 makanan untuk aku. Kadang sampai ke tengah malam dia still mengemas dapur lagi.

Aku tau dia buat tu untuk sejukkan hati aku, bukan sebab dia minat sangat, tapi aku nampak la dia mmg takut kehilangan aku. Kadang2 aku tengok muka dia yang keletihan time tido, aku rasa bersalah sangat.

Aku simpati tengok dia keletihan demi sebuah kemaafan. Aku suruh dia surrender dan ceraikan je aku. Aku bukan tak sayang dia, tapi aku memang tak boleh lupa. Tapi suami pilih untuk hadapi semua ni.

Kalau dulu antenna aku ni akan bergerak2 setiap kali dia curang ( mind you isteri memang ada naluri luar biasa yang boleh terasa sebu semacam je setiap kali suami buat perangai), tapi sekarang ni antenna aku macam antenna tinggal yang dah berpuluh2 tahun tak digunakan.

Aku memang tak boleh detect apa2 dah. Jauh di sudut hati aku, aku yakin dia dah berubah. Tapi aku tak pernah cakap kat dia, sebab aku takut over confidence tu boleh drive away the blessing yang aku tengah nikm4ti sekarang.

Orang luar akan cakap aku beruntung ada suami yang sayang aku, manjakan aku dengan macam2 , kachak, penyabar dan family man. Tapi aku jer yang tau kisah di sebalik semua ni.

Bila aku terjumpa dengan rakan2 sekerja suami macam PPK, MA, beberapa kali jugak la diorang puji suami aku depan aku. Diorang cakap mem jangan risau, suami mem sayang mem.

Aku pun taktau ni benar2 kejadian ataupun suami aku dah pakat2 dengan diorang dah. Tapi macam aku cakap naluri aku kuat mengatakan dia memang dah berubah.

Pernah seorang sahabat mendekati aku, dan bagitau aku yang dia selalu nampak suami aku di masjid pagi2. Jadi aku tanya kat suami aku, dia mengaku yang dia sebenarnya singgah untuk bersedekah setiap pagi.

Hati aku terusik sebab aku yang perasan sempurna ni pun tak pernah buat macam tu. Masa ni aku rasa macam hina jugak la judge dia macam lahh aku bagus sangat.

Kami berpeluang menunaikan umrah bersama2 tahun lepas. Dan aku boleh katakan yang sepanjang di sana, kami seperti bercinta semula. Aku rindu jejakkan kaki lagi ke sana.

Kadang2 bila aku bersembang dengan mak aku, mak aku nasihatkan aku supaya berenti layan suami macam sampah. “Mama boleh nampak dia sayangkan ** (nama aku). Mama rasa dia cukup penyabaq dah tu”

Dan ini aku setuju. Aku rasa kalau ex2 bf aku tengok macam mana suami aku layan perangai aku, diorang mesti tak sangka sebab baran aku ni lain macam. Hadir tanpa diduga.

Jadi aku pujuk hati aku, kesilapan suami aku dulu mungkin berpunca daripada diri dia yang tak matang dan pengaruh beberapa rakan terdekat dia jugak.

Baru nak kenal dunia, sebelum tu zaman belajar dia memang antisos**l, cuma menghadap buku dan game je. Jadi aku rasa mungkin aku patut bagi peluang untuk dia.

Lagipun bila aku tengok balik kehidupan aku, serba serbi cukup. Anak2 yang sihat dan gembira, kasih sayang yang cukup. Yang tak bahagianya cuma hati aku.

Untuk nikmat kesihatan anak yang Allah dah bagi pada keluarga aku, aku rela kalau galang gantinya adalah cinta aku pada suami tergadai. Aku rela dan aku redha Ya Allah.

Kalau nak diceritakan sikap suami pada aku, dari mula kahwin sampai la sekarang ni, aku dilayan macam queen. Mintak lah apa pun, tak pernah tak dapat. Yang tak mintak pun dapat. Apa yang aku cakap, dia setuju je. Tak pernah angkat tangan kat aku.

Sentiasa pastikan makan minum aku dari breakfast sampai ke late night supper terjaga. Dia yang jaga anak2 bila aku penat, dia yang mengemas rumah, masak, uruskan baju2. Aku cuma buat bila aku rasa nak buat jer.

Dari segi kewangan pulak, kami berdua ada group whatsapp sendiri. Aku tau berapa gaji dia, berapa OT claim dia, dan kami bahagi komitmen masing2. Dan gaji kami pun sama banyak skrg ni.

Lupa aku nak cerita, suami aku sebenarnya salah sorang HO yang kecundang akibat tekanan dari HOD yang penah viral sebelum ni pasal S3x predator dulu. Adjustment disorder, plus tekanan di tempat kerja, aku kira, dia jadikan hobi flirting sebagai cara untuk paksa diri dia terus hadir di hospital.

Jadi kesan daripada tekanan tu, dia penah hilangkan diri selama beberapa bulan daripada tempat kerja. a.k.a MIA. Lepas tu gaji terus kena stop.

Dan bila dia datang balik, took few months jugak untuk gaji berjalan balik. Gaji masih gred 41. 3 tahun berlalu, dengan kesibukan yang sama, suami harungi jugak sebab dia nak cuba lawan and buktikan dia boleh lalui semua tu.

Dingdong2 surat menyurat jawatankuasa disiplin tatatertib makan masa selama 3 tahun jugak dan dalam tempoh tu suami aku teruskan rutin harian seorang doktor dengan gaji paling basic. Setelah 3 tahun barulah keputusan dikeluarkan.

Suami dihukum takde pergerakan gaji selama 3 tahun bermula dari tarikh surat tu diterima. 3 tahun dah berlalu dengan penuh cabaran, sekarang ni kena tunggu lagi 3 tahun.. 6 tahun tanggung hukuman gaji tak naik walaupun kesalahan cuma beberapa bulan. Sigh.

Aku taktau kisah curang suami betul2 dah berakhir ataupun tak. Boleh jadi selepas 10 tahun, akan timbul pulak kes baru. Tapi setakat ni takde la. Harap2 jangan ada dah la.

Sahabat aku pernah cakap, ada orang suami dia senyap tak menguit, tapi sekali jatuh cinta, sampai ke akad nikah dia punya pergi. Suami aku pulak, mengorat sana sini tapi priority tetap isteri dan anak2.

Kalau tengok cerita The World of Married tu,suami aku ni macam si Jaehyuk jiran Dr Ji ni la. Banyak buat perangai tapi semua stok geli2.

Dalam cerita tu last skali wife dia tetap tinggalkan dia kan, sebab tak sanggup lagi hidup dalam keadaan penuh syak wasangka dekat suami sendiri. Well, aku pun taktau suatu hari nanti mungkin pengakhiran aku sama jugak ataupun tak. Kita just go with the flow jela.

Kadang2 aku terpikir, kalau aku dapat suami baru pun, sejauh mana sangat lah bahagia tu boleh pergi. Suami baru tu pun manusia yang bersifat manusia.

Hidup kat dunia ni pun memang penuh duka lara. Tak datang dari kerja, mungkin keluarga, mungkin kewangan. Macam2. Jadi aku just go with the flow je.

Untuk confessor, renung-renungkan lah,6 tahun dah berlalu tapi aku masih tak boleh lupa. Malam2 aku akan termenung susah nak tido, kadang2 aku termimpi suami aku curang, bila bangun aku terus tendang dia bertalu-talu sampai jatuh katil.

Sampai bila aku nak hidup sebagai isteri kurang ajar pun aku tak tau. Kalau confessor lebih kuat untuk harungi, teruskan la. Tapi benda ni takkan hilang dengan mudah unless kita tiba2 hilang ingatan. Huhu.

Aku selalu cakap kat suami aku, aku jadi jahat sebab dia. Dengan orang lain aku baik je, pendiam je. Dia cakap semua berpunca daripada salah dia jugak. In shaa Allah, kalau ditakdir ayang meninggal pun, redha abang sentiasa mengiringi ayang.

Untuk para suami pulak, doh2 la berlakon bodonya tu. Pikir balik kenapa korang kawen dengan wife korang. Kalau korang nak main2, baik korang teruskan je membujang, nak kawen kenapa? Apa yang korang bayangkan bila kami perempuan cakap kami ada naluri yang sangat kuat?

Korang ingat kami main2? Korang ingat kekantoian tu mungkin terjadi dekat orang lain tapi bukan korang? Hello, kita ni kahwin dengan akad. Bukan main sain atas kertas je.

Di luh mahfuz pun tertulis nama kita sebagai suami isteri. Allah tau (ofkos la Allah tau) yang kita ni suami isteri. Jadi setiap kali korang buat curang, agak2 korang, kat mana notification tu akan sampai? Mesti la tepatttt mendarattt dekat isteri korang. Takkan makcik kiah sebelah rumah pulak.

Aku dulu, suami aku balik keja (lah konon) pastu mandi malam2 sebelum tido, Allah tu nak guide aku si isteri naif ni agaknya, bunyi pergerakan air dia mandi yang berulang rythm 3 kali, 3 kali tu aku dapat tau dia mandi wajib.

Aku tanya dia, abang mandi wajib ke, sambil gelak2, pastu ofkos la dia tak mengaku. It’s a sign. Sehalus2 tu, Allah takdirkan tiba2 aku boleh detect. Tapi time tu aku bersangka baik tak mungkin suami aku berani pegi sejauh tu.

Sebelum tu aku jumpak kondom dalam beg keja dia. Aku still bersangka baik, sebab tak mungkin suami aku pegi sejauh tu. Pernah jugak aku tengok ada love bite kat dada suami aku, aku tanya dia siapa gigit ni, sambil gelak2.

Suami cakap binatang gigit kot. Aku still tak terpikir lagi sebab aku tak rasa suami berani pergi sejauh tu. See, Allah sentiasa bagi signs dekat para isteri. Tinggal nak cepat pickup ataupun lampi je.

Dalam kes aku, aku agak lampi la. Selagi mana tertulis aku masih isteri yang sah di sisi agama aku rasa aku still boleh sense perubahan suami. Kalau dah bercerai nnt, patutnya tak berfungsi dah la kot six sense ni semua kan?

Ok la, aku tak berniat pun nak tulis panjang2 ni. Tapi sebab aku paham dan simpati dengan perasaan confuse yang para isteri kepada suami curang terpaksa lalui tu, jadi aku kuatkan diri la berkongsi cerita.

Maaf kalau ayat aku berterabur. Harap2nya adalah manfaat. Kalau takde, maafkan aku.

– Angin yang Kencang Laut yang Bergelora (Bukan nama sebenar)

Gambar sekadar hiasan

Be the first to comment on "Suamiku doktor dan aku engineer, suami terkantoi check in ramai perempuan, paling tak sangka nurse tudung litup sanggup serah diri sekali ajak je"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*