H!tung hari bergelar isteri, Mira Filzah selesai khatam al-Quran

Mengambil keberkatan hari Jumaat, pelakon dan pengacara popular Mira Filzah mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya perempuannya, Aina Fadhilah.

Tampil manis mengenakan busana berwarna merah jambu, majlis tersebut dihadiri ahli keluarga serta kenalan terdekat selain diiringi kumpulan marhaban.

Beberapa posting dimuat naik seorang penceramah, Asni Mansor yang berkongsi Instastory sekitar majlis berkenaan yang dilangsungkan secara sederhana.

Laman Instagram @wanemirafilzah iaitu peminat kepada Mira dan tunangnya Wan Emir Astar turut berkongsi posting untuk tatapan peminat pasangan tersebut.

 

Difahamkan adiknya yang berusia 25 tahun itu akan menamatkan zaman bujang terlebih dahulu manakala Mira pula dijangka bakal berkahwin pada Oktober ini.

Sumber : Asni Mansor , wanemirafilzah

Sumber: ohmymedia

Be the first to comment on "H!tung hari bergelar isteri, Mira Filzah selesai khatam al-Quran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*