(Video) Pemandu Axia Sanggup Lawan Arus Di Lebuhraya PLUS, Dipercayai Untuk Balik Kampung Sambut Deepavali

IPOH, 12 Nov – Gara-gara ingin mengelak sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungkai, seorang lelaki nekad memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kemalang4n di KM355.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai insiden kemalang4n membabitkan tiga kenderaan itu pada pukul 6.08 petang semalam.

Katanya kemalang4n dipercayai berlaku apabila T. Yugeswaran, 34, yang memandu Perodua Axia dari Klang, Selangor ke Bidor, Tapah untuk menyambut Deepavali nekad melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara selepas melihat SJR polis.

Rentetan itu, sebuah Toyota Rush yang dipandu seorang lelaki di lorong kanan arah utara tidak sempat mengel4k lalu bert3mbung dengan Perodua Axia tersebut dan berpusing beberapa kali.

“Kebetulan sebuah lori treler yang membawa muatan sarung tangan juga tidak sempat mengel4k lalu melangg4r Perodua Axia itu. Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu tidak mengalami kecedera4n,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Azharuddin berkata pemandu Perodua Axia itu telah ditah4n di rumahnya di Bidor kira-kira pukul 11 pagi ini bagi siasat4n mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: BERNAMA,SIAKAPKELI