Lelaki buat demonstrasi mandikan bayi dan kucing ini sudi jadi modelnya!

Kucing adalah haiwan peliharaan yang sering menjadi kesukaan ramai selain daripada anjing. Memiliki bulu yang gebu, berwajah comel dan manja adalah antara ciri yang membuatkan ramai meminati haiwan ini. Kucing juga sering dijadikan sebagai peneman hidup dek kerana kepintaran mereka.

Tidak terkecuali dengan sebuah video ini yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter iaitu @anthraxxxx dimana terdapat seekor kucing yang sedang berada di dalam sebuah besen. Hal ini kerana, pemilik kucing itu cuba untuk memberikan demonstrasi tentang cara memegang bayi yang sebetulnya ketika mandi.

Oleh disebabkan itu, kucing tersebut telah bertindak sebagai volunteer bagi melakukan demonstrasi terbabit. Lebih mengejutkan apabila kucing yang berwarna oren itu dilihat telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu demonstrasi itu berlaku. Haiwan itu juga langsung tidak berganjak mahupun berubah posisi kedudukannya.

Setelah melihat rakaman itu, rata-rata warga netizen berasa terhibur dengan keletah haiwan berkenaan di samping terdapat segelintir warganet yang turut memuji tindakan kucing terbabit. Video yang berdurasi selama 2 minit itu telah berjaya mencuri tumpuan ramai sehingga menerima sebanyak 142 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

“Aku syak ni bukan kucing Oren…”

“Kalau kucing aku…”

“Dia senyum comel…”

“Such a good baby model…”

 

Sumber:HCL