“Tiada Cuti Rehat Sejak 10 Bulan Lalu”Dr Rohaizat Tampil Pert4han Dr Noor Hisham

Isu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Dr Noor Hisham Abdullah dituduh ‘t4kut m4ti’ oleh seorang ahli parlimen semasa sidang dewan rakyat awal minggu ini benar-benar ‘bikin pan4s’ seluruh rakyat Malaysia.

Walau bagaimanapun, perkara itu dijawab dengan tenang oleh Dr Noor Hisham semasa sidang media harian perkembangan Covid-19 di Malaysia.

Menangkis dakwaan tersebut dengan hujah yang begitu cermat, beliau telah mendapat sokongan seluruh petugas kesihatan dan juga sebahagian besar rakyat Malaysia.

Tidak hanya berdiam diri, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Rohaizat Yon telah tampil mempertahan4n Dr Noor Hisham susulan dakwaan yang dilemparkan tempoh hari.

Menerusi Sinar Harian, beliau yang juga merupakan ‘panglima per4ng’ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang sentiasa berada disisi Dr Noor Hisham dalam menggendali p4ndemik ini telah memaklumkan bahawa tiada istilah berehat untuk mereka sepanjang 10 bulan ini.

“Sebelum ini Ketua Pengarah juga dikuar4ntin kerana merupakan kontak rapat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  yang disahkan p0sitif C0vid-19 selepas pulang daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.”

“Namun Dr Noor Hisham tetap bekerja dari rumah serta menghadiri mesyuarat dengan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara dalam talian melalui panggilan video,” Katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa pihak KKM  mempunyai strategi dan data yang lengkap dalam menghadapi mvsuh yang tidak nampak ini. Jadi, untuk menang mereka perlu bersedia dalam segala segi.

“Kita perlu ada strategi dan data yang lengkap untuk ser4ng musvh tidak nampak ini jika mahu menang dalam peperang4n dan bukan sekadar turun berper4ng tanpa persediaan.” Tambahnya.

Dr Rohaizat juga menegaskan tidak timbul isu ‘t4kut m4ti’ seperti yang dinyatakan kerana Dr Noor Hisham sendiri sudah pergi ke Sabah membuat tinjauan sekitar Ogos lalu dan mengikut jadual seperti yang digilirkan oleh pihak KKM sendiri.

Untuk makluman, Dr Rohaizat yang sudah pun bersara wajib pada Jun 2020 telah kembali ke ‘medan per4ng’ bagi membantu negara menangani gelombang ketiga p4ndemik C0vid-19.

Beliau kembali berada disisi Dr Noor Hisham pada Ogos 2020 selepas 2 bulan mengakhiri perkhidmatannya di KKM.

Sumber: Sinar Harian (Rosalwani Che Soh@Yusoff)