Cikgu Sanggup Berhujan Hantar Kerja Sek0lah Untuk Murid2 Belajar Di Rumah

Penutupan sekolah disebabkan berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan semula beberapa minggu lepas tentunya memberi kesan pembelajaran kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar.

Pastinya yang paling khu4tir ketika ini adalah para guru kerana bimb4ng anak-anak murid tercinta tidak dapat fokus dalam mengulangkaji pelajaran.

Jadi, menerusi satu perkongsian di Facebook oleh seorang pengguna, dia telah memuat naik kewibawaan isterinya yang juga seorang guru dalam memastikan para pelajar tidak kecicir4n.

Guru tersebut sanggup meredah hujan lebat semata-mata untuk menghantar bahan belajar buat pelajarnya yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut Wan Ridhuan Muhammad, isterinya tetap gigih menghantar bahan pembelajaran walaupun dalam keadaan hujan lebat di beberapa perhentian yang sudah di tetapkan olehnya.

Dia dan isteri menanti di tujuh perhentian agar wakil pelajar boleh mengambil bahan belajar dan diedarkan kepada rakan di kawasan perumahan yang sama.

Perkongsian yang dibuat oleh sumber itu benar-benar menyentuh hati pengguna media sosial kerana melihat kegigihan seorang guru demi memastikan anak-anak muridnya tidak ketinggal4n.

Mereka juga mengucapkan terima kasih dan syabas diatas usaha murni ini kerana bersemangat membantu pelajarnya berjuang menghadapi SPM kelak.

 

Sumber: Wan Ridhuan Muhammad