Terharu Ada Makcik Hantar Keropok Masa Shooting, Fedtri Yahya Luah Rasa Syukur

Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita merasa.

Peribahasa itu mungkin sesuai digunakan selepas melihat video pendek yang dikongsikan oleh pengacara hebat, Ahmad Fedtri Yahya di laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/CHmYcomAyCa/?igshid=fochswe4p6oi

Difahamkan Fedtri bersama dengan beberapa krew produksi sedang menjalani pengambaran di sebuah lokasi di sekitar Kuala Terengganu.

Dalam kepanasan matahari, secara tiba-tiba mereka didatangi oleh seorang wanita dari kawasan perumahan berhampiran membawa dua bekas keropok lekor berserta sos untuk dijadikan makanan ringan buat mereka.

Susah-susah je makcik bawak keropok. Terima kasih makcik ya.

Biasa dah, kita suka bagi makan-makan. Sikit je ni, makanan ala kadar je.. Makcik suka bagi makan, kalau orang saja-saja nak makan minum kat rumah tu susah pulak.

Posting berkenaan mendapat pujian daripada ramai netizen yang beranggapan wanita tersebut merupakan seorang yang pemurah.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menjelaskan itu merupakan budaya penduduk di Pantai Timur yang mana gemar menjamu tetamu yang ada.

Semoga sikap pemurah makcik ini dapat dijadikan contoh oleh kita semua!

Ada yang teringin nak makan keropok lekor ke tu? Sabar ya, habis PKPB ni nanti kita cari keropok lekor okay!

 

Sumber : www.hotfm.com.my