“PKPB Di Kebanyakan Negeri Mungkin Tamat Lebih Awal…” Ismail Sabri

Melihat daripada keadaan semasa p4ndemik C0vid-19, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengeluarkan kenyataan bahawa berkemungkinan Perintah Pergerakkan Bersyarat (PKPB) yang berlangsung di kebanyakkan negeri di Malaysia akan ditamatkan lebih awal.

Hal ini kerana tidak semua negeri menunjukkan pertambahan kes seperti sebelum ini dan hanya beberapa buah negeri sahaja yang masih mempunyai kadar jangkit4n yang tinggi.

Menurutnya lagi, tindakan tersebut akan dilakukan jika penilaian risik0 jangkit4n C0vid-19 berkurangan di kebanyakkan negeri.

Perkara  tersebut disampaikan ketika sidang media harian perkembangan (bukan Kesihatan) C0vid-19 di Malaysia jam 4.00 petang tadi.

Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) diseluruh Malaysia bermula 7 November sehingga 6 Disember 2020 kecuali Kelantan,Pahang dan Perlis susulan kadar jangkit4n rendah di negeri tersebut.

 

Sumber: Bernama, Harian Metro