[Video] Pakar Motivasi Andika Putera Mohon Maaf Isu ‘Dengan Izin Allah’

Isu seorang ‘pakar motivasi’ media sosial yang terkenal iaitu Andika Putera yang telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu curang telah mendapat kecaman dari netizen mengenai video beliau semalam.

Netizen juga telah meminta Menteri Agama untuk respon berkenaan isu ini dan Dr Zulkifli meminta Pejabat Mufti untuk meneliti apa yang berlaku.

Andika bagaimanapun telah mengeluarkan satu video permohonan maaf di Instagram rasminya malam tadi dan mengakui kesilapannya.

Andika juga menyatakan niat untuk dia berkata begitu hanyalah ingin menyedarkan orang ramai tidak menilai sesiapa kerana tiada yang sempurna.

Mungkin niat Andika betul tetapi cara penyampaiannya yang membuatkan ramai orang salah faham dan menilai sebaliknya.

Apa-apapun jika kita ingin mengulas apa-apa soal agama rujuklah dahulu kepada mereka yang pakar tentang agama.

Korang maafkan Andika Putera tak ni?

Sumber Di Petik Mykmu KrediT Andeeka Putra

Be the first to comment on "[Video] Pakar Motivasi Andika Putera Mohon Maaf Isu ‘Dengan Izin Allah’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*