Tawaran Syarikat Ini Akan Bayar Rm 9k Jika Ada Yang Terima Cabaran 24 Jam Tanpa Gadjet

Sejak sedekad ini terakhir ini, tidak dinafikan penggunaan telefon pintar sangat mempengaruhi hidup seseorang. Penggunaan telefon pintar untuk menguruskan kerja seharian atau melayari media sosial juga nampaknya sudah mulai menjadi kebiasaan buat orang ramai tidak mengira tempat dan masa.

Melihat kepada jumlah yang tinggi ‘ketag!han’ orang ramai terhadap gadget, sebagaimana yang dilap0rkan portal The v0cket iaitu sebuah syarikat perbandingan produk iaitu Reviews.org sedia menawarkan $2,400 (~RM9,950) buat mereka yang mampu menjalankan tugas yang kini dianggap agak mustahil iaitu bebas daripada sebarang gadget dalam tempoh 24 jam.

Dinamakan sebagai digital detox challenge, seseorang yang mengikuti cabaran ini tidak dibenarkan untuk menggunakan sebarang gadget terdiri daripada telefon pintar, TV, permainan video komputer dan juga jam pintar.

Walau bagaimanapun, syarikat ini sedia menawarkan hiburan bukan gadget buat mereka para peserta terdiri daripada permainan papan atau set untuk melukis dengan harga $200 (~RM829.10) sepanjang mengisi masa lapang dalam tempoh 24 jam.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama syarikat di Australia ini menjalankan cabaran unik. Pada tahun 2019, syarikat ini pernah menggajikan lima individu untuk menonton 30 filem yang terkandung di Disney+ sepanjang 30 hari. Sekiranya anda ditawarkan dengan tawaran yang hampir sama. Sanggupkah anda mengikuti cabaran ini dalam meraih ganjaran yang besar ini? – Sumber & foto dipetik dari The v0cket, Hive LiveThe

Be the first to comment on "Tawaran Syarikat Ini Akan Bayar Rm 9k Jika Ada Yang Terima Cabaran 24 Jam Tanpa Gadjet"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*