Kancil ‘Legend’ Ditemui Di Bukit Bintang, Warganet Dkwa Pemiliknya Bukan Biasa-Biasa

Jika anda masih ingat beberapa tahun lalu, kelibat seorang lelaki misteri yang tidak terurus memandu sebuah kereta Perodua Kancil dalam keadaan ‘uzur’ menjadi perbualan ha ngat di media sosial.

Beberapa hari lepas, seorang pengguna Facebook telah menjumpai kereta Kancil tersebut di lorong bersebelahan Hotel Istana, Bukit Bintang. Gambar yang dik0ngsi semula oleh Penang Kini telah menjadi ruangan warganet ‘bersatu’ berbincang siapakah sebenarnya pemandu kereta Kancil tersebut.

Dua perkara yang ‘dibangkitkan’ pada ruangan komen tersebut, bagaimana kereta tersebut boleh lepasi sekatan jalan raya (SJR) dan adakah pemandu tersebut seorang ‘spy’ kepada pihak berkuasa.

Rata-rata ramai yang yakin pemandu tersebut seorang ‘spy’ kerana orang biasa pun sukar untuk melepasi SJR, bagaimana pemandu Kancil tersebut boleh bebas memandu di serata tempat.

Pada masa yang sama, kejayaan pihak polis membuat rampasan da dah bernilai RM32.9 juta dalam tempoh dua bulan baru-baru ini telah ‘menguatkan’ lagi telahan orang ramai.

Sehingga hari ini, identiti pemandu kereta Kancil kekal menjadi salah satu ‘misteri tidak terungkai’ dalam sejarah Malaysia. Sehinggakan ada warganet yang berk0ngsi komen.

“Kalau Volkswagen kuning nampak kereta Kancil ini, kereta Volkswagen masuk gear reverse dulu.”

Apa pula pendapat anda mengenai pemandu kereta Kancil yang penuh misteri. – Sumber & foto dipetik dari The v0cket, Penang Kini

Be the first to comment on "Kancil ‘Legend’ Ditemui Di Bukit Bintang, Warganet Dkwa Pemiliknya Bukan Biasa-Biasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*