Bergambar Cantik Dengan Gugurnya Bunga Sakura “Ingatkan Oversea, Rupanya Dekat Sini Jer”

Jika anda ada rakan-rakan di media sosial yang berada di negeri Melaka sekarang ini, pastinya anda akan dapat melihat betapa excited diri mereka berkongsi keindahan bunga Tekoma di sana. Anda boleh melihat bunga-bunga tersebut yang ada dalam pelbagai warna menghiasi hampir kesemua laluan utama di bandaraya bersejarah tersebut.

Pokok-pokok ini memang tidak dapat dinafikan kecantikan bunga-bungaannya. Pokok yang mempunyai nama saintifik Tecoma Stans ini merupakan salah satu daripada jenis dibawah keluarga Bignoniaceae.

Ia berasal dari benua Amerika dan menjadi pilihan majils perbandaran di negeri ini sebagai salah satu cara untuk menjadikan pemandangan bandaraya ini lebih cantik. Sesuai dengan status bandaraya ini yang sekian lama terkenal sebagai destinasi pelancongan, ia sekaligus menambahkan lagi tarikan padanya.

Menurut Harian Metro, mereka sempat untuk menemu ramah salah seorang penduduk iaitu Abdullah Mat Derus, 66, yang mengatakan bahawa pokok Tekoma ini akan mengeluarkan bunga samada berwarna putih atau berwarna merah jambu.

Kedua-dua warna tersebut menghasilkan keindahan yang sangat memukau. Katanya, antara laluan yang terdapat pokok- pokok itu yang mengeluarkan bunga termasuk di Lendu, Alor Gajah, Rembia, Cheng,Sungai Petai, Paya Rumput dan Sungai Udang.

DISERIKAN LAGI DENGAN BUNGA YANG BERGUGURAN

Tambahnya lagi, bunga yang berguguran itu juga akan menambahkan lagi seri pemandangan. Maka, tidak hairanlah jika ia akan menarik perhatian orang ramai sehingga ada yang sanggup berhenti untuk mengambil gambar atau merakam video.

Berikut video Bunga sakura yang dirakam di kawasan berhampiran Aeon Daerah Taiping, Negeri Perak.

“Malah ia turut diambil kesempatan oleh pengantin baharu untuk mengabadikan memori di bawah pokok itu ,”katanya.

Seorang lagi penduduk, Norizam Aziz, 42, mengakui tarikan pokok dan bunga Tekoma itu turut dimuat naik pengguna laman sosial yang kagum dengan suasana berbeza ditonjolkan .

Dibawah ini kami kongsikan beberapa foto yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna lama Facebook, Azlan Abd Aziz yang merupakan seorang kakitangan di Multimedia University Melaka.

Sumber:medialoka

Be the first to comment on "Bergambar Cantik Dengan Gugurnya Bunga Sakura “Ingatkan Oversea, Rupanya Dekat Sini Jer”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*