“Bukan setakat dekat Malaysia, dekat luar pun ustaz tolong orang…” -Netizen

Nama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew sememangnya tak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh rakyat Malaysia. Kerja kerasnya dalam memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan sangat memberi kesan buat semua.

Setelah pusing satu Malaysia menghulurkan sumbangan segera kepada golongan susah, Ebit Lew telah terbang ke Afrika Selatan untuk menabur bakti disana pula.

Sejak beberapa hari di sana, beliau telah memuat naik kerja-kerja misi kemanusiaan yang dilakukan dengan menghulurkan bantuan kepada penduduk di negara tersebut.

Santuni gelandangan

Namun, paling mencvri tumpuan adalah tindakan beliau yang menyantuni seorang gelandangan yang difahamkan tidak mahu didekati penduduk tempatan.

Akan tetapi, pendakwah itu berjaya mendekatinya sehingga mampu bercerita mengenai masa silamnya kepada Ustaz Ebit Lew.

Berkongsi cerita silam

Menerusi penulisan Ebit Lew, lelaki berusia 60 tahun itu telah hidup secara bergelandangan sejak berpisah dengan isterinya yang sudah pun berkahwin lain dengan seorang bos besar di suatu tempat. Dia juga sudah lama tidak bertemu dengan tiga orang anaknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Mulianya hati ustaz

Perkongsian pendakwah berusia 37 tahun itu amat menyentuh hati warganet. Rata-rata mereka memuji tindakan yang dilakukan oleh beliau kerana bukan sahaja berbakti kepada Tanah Air, tetapi di luar negara juga beliau masih menyantuni golongan susah.

Hal ini membuatkan warganet begitu kagum dengan peribadi Ebit Lew dan mendoakan agar dirinya terus sihat dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.

Semoga ustaz terus dilindungi

Semoga Allah balas jasa ustaz

Tolong semua bangsa & negara

Sumber:ohmymedia

Be the first to comment on "“Bukan setakat dekat Malaysia, dekat luar pun ustaz tolong orang…” -Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*