Minta dibayar dengan beras, pelajar darjah 5 gigih ambil upah mengecat meja

Waktu-waktu getir ini, semua rakyat mengalami kesukaran tersendiri. Jadi, sebagai masyarakat yang prihatin, tak salah untuk kita saling bantu-membantu kepada mereka yang memerlukan agar mereka kembali tersenyum.

Datang kerja mengecat
Hal ini samalah seperti seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @FaeezSalleh apabila berkongsi video seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun tekun mengecat meja selepas datang bertanyakan kerja yang boleh dilakukan untuk mendapatkan imbuhan.

Gembira dapat bawa balik beras
Namun begitu, apa yang mengejutkan pengguna TikTok berkenaan adalah jawapan kanak-kanak tersebut ketika ditanya mahu dibayar dengan duit ataupun beras.

Menurut @FaeezSalleh, kanak-kanak tersebut memilih dibayar dengan beras dan selepas diberikan ‘gaji’, dia kelihatan gembira pulang berjalan kaki sambil membawa sekampit beras hasil usahanya mengecat.

Ucap terima kasih kepada semua
Disebabkan video yang dikongsikan di aplikasi TikTok itu tular, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Hanif bin Zakaria itu telah mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberikan bantuan dan juga sokongan untuknya.

Dia juga berharap orang ramai dapat mendoakannya mencari rezeki yang halal buat membantu keluarga pada masa akan datang.

Semoga membesar menjadi anak yang berguna
Sehubugan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa begitu tersentuh dengan kegigihan pelajar darjah 5 itu mencari pendapatan tambahan untuk membantu orang tua.

Mereka juga memuji tindakannya yang bijak mencari peluang untuk bekerja bagi membantu keluarga dan mendoakan agar segala urusan Muhammad Hanif terus dipermudahkan, InnsyaAllah.

Sumber dipetik dari ohmymedia

Be the first to comment on "Minta dibayar dengan beras, pelajar darjah 5 gigih ambil upah mengecat meja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*