Tawakal! Rela korbankan simpanan lebih RM2,000 walau harapan si bulus hidup tipis, adakah keputusan siswi ini selamatkan kucing kena saw4n tepat?

DEMI sifat kasihnya kepada kucing, wanita ini langsung tidak kisah ‘melaburkan’ wang biarpun terpaksa menggunakan simpanannya sendiri.

Bukan sedikit, sebaliknya wanita ini merelakan wang simpanannya digunakan untuk membiayai kos perub4tan anak kucing peliharaannya yang berjumlah kira-kira RM2,300.

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin, meskipun ketika itu dia berada dalam dilema lebih-lebih lagi selepas mengetahui jumlah bil rawatan, dia bagaimanapun memilih untuk mengenepikan kepentingan sendiri demi menyelamatkan nyawa si bulus.

Mengimbas kembali ins1den yang berlaku kira-kira empat bulan lalu, Fatin berkata anak kucing yang diberi nama Bunbun itu secara tiba-tiba diser4ng saw4n.

“Saya adopt Bunbun daripada seorang kenalan yang membuat hebahan di Facebook. Kesian sebab ibu dia tinggalkannya dengan adik beradiknya yang lain selepas melahirkan.

“Saya memang pencinta kucing tapi dah lama tak pelihara sebab sibuk belajar, jadi sajalah ambil seekor. Masa tu Bunbun baru dua minggu usianya.

“Semuanya okay sahaja, hinggalah pada satu malam, Bunbun tiba-tiba diser4ng saw4n. Masa tu usianya dua bulan. Pan1k juga sebab ketika itu dah malam, dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula. Puas Google, akhirnya jumpa satu klinik veterinar dan terus bawa ke sana,” ujar wanita berusia 25 tahun ini.

Tambah Fatin, hasil pemeriksaan, doktor memberitahu anak kucingnya menghidap komplikasi dalaman serta paras glukosa yang tinggi.

Fatin tidak kisah apabila terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri demi membiayai kos raw4tan Bunbun.

Disebabkan faktor usianya yang masih kecil, anak kucing tersebut mempunyai peluang hanya 50 peratus untuk hidup walaupun diberikan raw4tan.

“Masa tu anggaran bil raw4tan lebih dari RM1,000. Dalam hati saya, rasa macam mahal dan nak cuba cari klinik lain tapi dah malam, PKP pula tu. Saya bimbang Bunbun makin tervk. Dalam kepala fikir nak selamatkan dia.

“Mungkin ada yang fikir, membazir saja sebab peluang nak hidup pun 50 peratus… tapi bagi saya, tak bolehlah fikir macam tu. Saya pilih untuk cuba sedaya upaya buat apa yang boleh untuk bantu.

Sebenarnya tak rugi berkorban untuk kucing… insyaAllah ‘dia’ akan tolong doakan tuannya.

FATIN

“Kalau tak dapat survive pun tak apalah, asalkan saya dah cuba buat yang terbaik. Selebihnya, saya tawakal,” kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Multimedia ini sambil menambah, jumlah bil termasuk raw4tan susulan dianggarkan sekitar RM2,300.

Bersyukur kerana membuat keputusan untuk menyelamatkan nyawa si bulus, Fatin berkata Bunbun yang kini berusia enam bulan semakin sihat, aktif dan lincah.

Bunbun yang kini berusia enam bulan semakin aktif dan lincah.

“Tak sangka video itu raih lebih 600,000 jumlah tontonan. Saya baru saja muat naik dekat TikTok sebab nak simpan sebagai kenangan.

“Ternampak ada yang share kisah kucing masing-masing, jadi saya saja nak share kisah kucing saya pula. Sebenarnya tak rugi berkorban untuk kucing… insyaAllah ‘dia’ akan tolong doakan tuannya,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber mstar dan mediamalaysia

Be the first to comment on "Tawakal! Rela korbankan simpanan lebih RM2,000 walau harapan si bulus hidup tipis, adakah keputusan siswi ini selamatkan kucing kena saw4n tepat?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*