7 Sifat Keperibadian Ustaz Ebit Lew Yang Menjadi Inspirasi Setiap Individu

Pendakwah, Ustaz Ebit Lew sering memberi bantuan terutamanya orang-orang yang kesusahan tidak kira di mana sahaja.

Malah, pelbagai sifat keperibadiannya yang wajar dicontohi golongan masyarakat agar berbuat kebaikan sesama insan.

Berikut adalah tujuh ciri keperibadian Ustaz Ebit Lew yang boleh dicontohi;

#1- Tidak Pernah Mengeluh

Ustaz Ebit tak pernah mengeluh dan sentiasa aktif memberikan bantuan setiap kali tular sesuatu isu asnaf, kesusahan, musibah dan sebagainya.

#2- Pantas Melakukan Kerja

Kecekapan pasukannya, Persatuan Kasih Umat Malaysia tidak disangkal lagi malah beliau sering terbuka untuk bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk menjalankan misi.

#3- Tidak Pilih Kasih

Ustaz Ebit tak pernah pilih kasih dan bersedia menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

#4- Memahami Kemaslahatan Seseorang

Ustaz Ebit seolah-olah sudah begitu memahami dengan masalah-masalah yang dialami penerima bantuan dan memberi mengikut situasi mereka.

#5- Jujur, Telus Dan Dipercayai

Semua bantuan dipercayai menggunakan duit sumbangan awam ke akaun Persatuan Kasih Umat Malaysia.

#6- Merendah Hati

Apa yang dikongsi, hanyalah semata-mata perkongsian sebagai inspirasi dari hati. Malah apa yang ‘disulamkan’ dalam setiap bait kata-kata hanyalah tentang pedoman dan nasihat.

#7- Lelaki Acuan Syurga

Walaupun sibuk menghantar bantuan di sana-sini, Ustaz Ebit tak pernah lupa isteri di rumah.

Bertahun-tahun menyulam cinta, masih lagi kekal memanggil isteri sebagai bidadari. Anak-anak pula dididik dengan acuan agama.

Sumber: tzkrh.com

Be the first to comment on "7 Sifat Keperibadian Ustaz Ebit Lew Yang Menjadi Inspirasi Setiap Individu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*