Wakil Dr Fadzilah Kamsah Terpaksa Tampil Beri Penjelasan Agar Ramai Tidak Keliru

Terdahulu, pendakwah bebas iaitu Ebit Lew telah tampil menjawab segala spekulasi berkaitan dengan pelbagai persoalan termasuk duit dana untuk Gaza yang telah dikutip cecah RM20juta, dkwaan bayar mahal untuk masuk ke Gaza dan sebagainya.

Malah, Ebit Lew turut memaklumkan dia pernah memperolehi keuntungan hasil daripada pernah bekerja dengan pihak Dato Fadzilah Kamsah.

Terbaharu, CEO DMFK Inspirations iaitu Shaifful Bahri tampil menepis dakwaan daripada Ebit Lew itu dan mengakui tidak pernah bekerjasama dengannya sejak 11 tahun yang lalu.

‘Dah lama tak ada program bersama’

Dalam video berdurasi 3:45 minit ini, Shaifful Bahri menegaskan pihak DMKF Inspirations Sdn Bhd tidak pernah terlibat atau bekerjasama mengadakan sebarang program dengan pihak Pertubvhan Kasih Umat Malaysia sejak 11 tahun yang lalu.

Dalam kenyataan itu, Shaifful Bahri meminta agar orang ramai merujuk kepada Ebit Lew sendiri jika mempunyai sebarang pertanyaan dan persoalan memandangkan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Tujuan saya membuat video ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat di luar sana bahawa kami warga kerja DMFK Inspirations Sdn Bhd ingin memaklumkan kami tidak terlibat dengan apa-apa kerja yang dilaksanakan dengan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.

Oleh itu, sebarang pertanyaan, persoalan atau penjelasan yang kalian inginkan tolong jangan hubungi kami sebab kami memang tidak terlibat.
Memang benar saudara Ebit Lew ini memang rakan sepejabat kami dahulu. Mungkin 11 atau 12 tahun yang lepas. Kami memang dah lama tidak mengadakan program bersama-sama.

Kami juga ingin memaklumkan kepada masyarakat yang berada di luar sana, sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan pertubuhan atau individu muaalaf dan sebagainya, kami mohon ampun sepuluh jari. Kami rasa yang terbaik kalian bertanya kepada tuan punya badan. Kami tidak mengetahui apa-apapun.

‘Kami tidak mengetahui apa-apa’ (Video)

Gambar hiasan: sila ikuti facebook beliau untuk video yg lebih lanjut

Sumber: Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Wakil Dr Fadzilah Kamsah Terpaksa Tampil Beri Penjelasan Agar Ramai Tidak Keliru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*