“Bukan Sebab TMJ Anak Raja..” – Hairuddin Omar Luah sik4p TMJ, Benda Lama Pun Masih Di Ingatan..

Memetik petikan kapsyen panjang dalam halaman FB Hairuddin Omar, beliau bercerita mengenai sejarah nya dalam mengendali persatuan. Difahamkan, beliau tidak lah terlalu rapat dengan TMJ tapi mengenali sifat sifat TMJ seakan sama dengan prinsip hidup nya juga.

Kapsyen penuh penulisan Hairuddin:

Lama doh aku nak tulis pasal TMJ ni.. Bukan sebab kerana TMJ ni anak raja. Ni kot masa sesuai aku nak cerita tentang beliau secara peribadi drpd sisi aku yg pernah bekerjasama suatu masa dlu bersama PFAM.

Sebahagian rakyat, fans bola, memang ada yg kec4m dan tak menyenangi dgn karakter TMJ kerana cara dia yg tegas, agr3sif, jujur, lantang dan lain2 lg. Memanglah, Zaman skrg ni, bila Jujur sgt ni tau2 je la kan memang ramai org tak suka.

Ada juga sikap beliau yg aku fikir ada persamaan dgn aku, stylenya yg suka berterus terang, sound direct, open minded, lantang itu mmg selari dgn prinsip aku.

Satu benda yg aku suka dan kagum pd Tmj ni, fokus dia pd sesuatu keje yg dia buat. Contohnya apabila dia bangunkan JDT drpd team yg x dikenali hinggalah menjadi JDT sprt hari ini,juga dgn visi dan misinya yg hebat. Memang nampak hasil dia power gil4.bukan senang nak jd juara dgn konsisten setiap tahun.

Aku kenal TMJ ni tak lah rapat sgt pun, cuma Aku pernah ada pengalaman bekerjasama dgn dia selama 3-4 tahun masa aku jadi Presiden PFAM dulu. Sedikit sebanyak aku dpt mengenali peribadi dia. Masa tu selalu juga berhubung, kongsi pendapat tentang isu2 pemain dan mcm2 lagi urusan.

Yang paling aku salute pasal TMJ ni, bila ada part yg org dlm kesusahan, perlukan bantuan, beliaulah org yg terawal yg akn hubungi pfam utk offer bantuan.

Ingat tak dulu masa b4njir besar kt Manik Urai Kuala Krai Kelantan? Puluhan ribu TMJ beri utk kami (PFAM) uruskan terus bantuan ke sana. TMJ memang tak pegi, tapi selalu follow up tanya apa lagi yang blh dia bantu.

Kalau bab bantu player susah, memang cepat dia respon. Ada ketika nya dia yg lbh dlu bertanya pd pfam. Selalu dia minta report dan update setiap masa ttg status isu2 gaji pemain yg x di bayar. Bukan hanya pemain di era dia je, pemain2 lama era sblm dia pun TMJ support juga.

Ada 2/3 player tu, nak kena urus anak & family s4kit kr0nik, serta merta dia tanggung penuh kos . Ratusan ribu kos pemb3dahan. Yang player ada masalah gaji, masalah nak survive, yang uzvr memang cpt sampai bantuan drpd TMJ. Baik dari segi kewangan mahupun tekanan kepada pengurusan.

Seingat aku, byk jugak club2 dlm liga super, liga perdana, yg ada mslh kewangan yg di hulurkan bantuan kewangan utk settle gaji pemain2 club tersebut.sepatutnya itu bukanlah tanggungjawab dia nak tlg bayarkan tunggakan gaji pemain drpd club lain. Tp TMJ melalukannya.

TMJ sendiri pun aktif salur dekat mcm2 Yayasan, NGO, Madrasah, Pondok selalu je ada. Tp style dia la, bukan suka sangat nak letak posting gmbr dia dlm program2 bantuan.

Minggu lepas pulak aku sendiri yang dah lama tak contact dgn dia, tiba2 TMJ contact aku tanya kabar, tanya kbr ttg bisnes sambal aku dgn Piya. Dia lahirkan hasrat ikhlas nak support bantu bisnes bekas2 pemain.sungguh aku terharu. Mulianya hati dia.

Yg bestnya dia siap belanja gambar lagi dgn produk sambal DuoBotak. Dah la iG TMJ ,dia follow bini dia sorang je.. Lebih terharu lagi, Dia kurniakan pd aku dan Piya bantuan untuk kami kembangkan lagi bisnes sambal duobotak dgn lebih baik. Allahuakbar . Tak terkata dah. Alhamdulillah. kepada Allah shj mampu bersyukur.

Menjunjung kasih TMJ atas segala sokongan yang diberi. Sejak dr kenal di zaman ketika saya masih sebagai pemain, sehingga ke hari ini, TMJ masih org sama, masih aktif, masih ambik tahu perkembangan bekas2 pemain walaupun di dlm diam.

Semoga Tunku sentiasa sihat selalu bersama keluarga tersayang dan terus aktif dalam bolasepak serta program-program kemanusian di Malaysia. Ampun Patik Tunku.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber dipetik dari ttk

Be the first to comment on "“Bukan Sebab TMJ Anak Raja..” – Hairuddin Omar Luah sik4p TMJ, Benda Lama Pun Masih Di Ingatan.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*