Pengusaha kosmetik makan durian beramai-ramai dlslasat polis

PETALING JAYA – Polis akan memanggil seorang pengusaha kosmetik terkenal untuk diambil keterangan susulan penvlaran sekeping tangkap layar daripada video siaran langsung memaparkan lelaki berkenaan sedang menikmati buah durian bersama beberapa individu lain.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya telah terk3san tangkap layar tersebut kira-kira pukul 1.10 tengah hari semalam dan mendapati ia telah dikongsikan lebih daripada 4,000 kali di laman media sosial.

“Semakan di bahagian komen pula mendapati banyak netizen yang telah menanda akaun (tag) media sosial Polis Diraja Malaysia bagi menggesa tlnd@kan diambil terhadap individu tersebut.

“Kira-kira pukul 4 petang tadi pula, pihak polis telah menerima satu laporan polis berhubung perkara tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, penularan tngkap layar itu telah mengvndang pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat kerana perbuatan beliau didapati melanggar peraturan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 oleh Majlis Keselamatan Negara.

“Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah menjalankan seasatan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Penc3gahan dan Pengawalan Penyakit Berjangklt (PPPPB) (PPN) 2021 dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Pengusaha kosmetik tersebut turut akan dipanggil untuk membantu siasatan,” tegas beliau.

Tambah Ku Mashariman, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP PPN Fasa 1 yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantaian pand3mik Covid-19.

“Orang ramai juga diingatkan agr berhati-hati dalam memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan serta kandungan di media sosial supaya tidak mewujudkan satu spekulasi n3gatef yang boleh mendatangkan fltnah atau kemvdaratn kepada ketenteraman awam,” katanya. – K! ONLINE

Sumber kosmo

Be the first to comment on "Pengusaha kosmetik makan durian beramai-ramai dlslasat polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*