Si Putih Pamer Kebijaksanaannya Lalu Jalan Berhalangan Buat Ramai Teruja!

Haiwan peliharaan seperti kucing, burung, kura-kura, ikan dan lain-lain lagi memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Disebabkan kelebihan haiwan-haiwan ini menjadi kesayangan pemiliknya.

Sebagai contoh kucing, sifatnya yang manja dan fizikal comelnya menjadikan haiwan ini antara yang popular untuk dipelihara. Hanya pemilik haiwan ini sahaja faham dan tahu bagaimana perasaannya bila ditemani haiwan comel ini di rumah.

Namun begitu, baru-baru ini satu video yang memaparkan seekor kucing yang bijak telah mencvri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut kelihatan seekor kucing berwarna putih sedang berjalan di dalam rumah. Apa yang mencuri perhatian ramai apabila kucing putih itu berjaya melalui laluan berhalangan tersebut.

Halangan yang kucing tersebut berhadapan adalah susunan cawan kertas dan diletakkan kadbod sebagai laluan yang kena dilaluinya. Berikut adalah rakaman kucing putih atau Si Putih pamer kebijaksanaannya ini:

Wow, memang bijak sungguh si comel ini! Perkongsian video Si Putih pamer kebijaksanaannya yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @mmeowmmia ini telah meraih lebih 39 juta tontonan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Perlukan lebih banyak video dengan level yang lebih susah. Sangat comel dan menghiburkan!”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber dipetik keramat viral

Be the first to comment on "Si Putih Pamer Kebijaksanaannya Lalu Jalan Berhalangan Buat Ramai Teruja!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*