Ahli Arkeologi lsra3I D4kwa Jumpa ‘Harta’ Nabi Sulaiman

Ahli arkeologi p dari Isra.el mendkwa telah menemui sumber harta karun yang dikumpulkan oleh Raja Sulaiman semasa pemerintahannya sekitar 3,000 tahun yang lalu. Bagi kepercayaan orang Islam, Raja Sulaiman turut dikenali sebagai Nabi Sulaiman yang merupakan putera Nabi Daud. Pada zaman pemerintahannya, Nabi Sulaiman berjaya memisahkan bijih tembaga dari batu yang digali di lokasi arkeologi Lembah Timna.

Ahli arkeologi mula menggali tapak kuno, yang terletak di padang pasir di Lembah Timna, Isr ael selatan, pada tahun 1964. Semasa penggalian, para penyelidik menemui terowong rahsia yang diduga wujud semasa pemerintahan Nabi Sulaiman di Pertambangan Raja Sulaiman di Saluran Smithsonian. Kini para ahli menyatakan bahawa kawasan ini mungkin merupakan sumber kekayaan yang ditinggalkan oleh Nabi Sulaiman.

Profesor Erez-Yosef dari Universiti Tel Aviv menyatakan bahawa aktiviti perlombongan di lokasi ini berkembang pesat semasa pemerintahan Nabi Sulaiman sekitar 3,000 tahun yang lalu. Menurut Erez, lombong itu tidak mengandungi emas atau perak, tetapi bijih tembaga. Difahamkan bahawa wujud pengeluaran tembaga dalam skala yang besar di sini.

Pada zaman dahulu, tembaga dikenali sebagai barang dagangan yang paling popular kerana ia adalah logam yang paling dicari di dunia. “Tembaga pada masa tertentu dalam sejarah adalah sumber ekonomi yang paling penting dan industri yang paling menguntungkan,” kata Erez-Yosef.

Sementara itu, menurut Mohammad Najjar dari Friends of Archaeology of Jordan menjelaskan bahawa keadaan logam tembaga pada masa itu sama dengan minyak mentah hari ini. “Sama seperti sekarang di mana manusia tidak dapat melakukan apa-apa tanpa petroleum. Manusia pada masa itu tidak dapat melakukan apa-apa tanpa tembaga,” katanya.

Lebih jauh lagi, katanya, tembaga menjadi barang yang sangat penting dalam sejarah manusia. Kerana untuk pertama kalinya manusia dapat mengeluarkan logam dari batu dan mengubahnya menjadi alat atau senj4ta.

Dr Najjar menyebut momen itu sebagai ‘lompatan kuantum’ ketika manusia mula menghasilkan bahan. Melalui proses peleburan, tembaga dipisahkan dari bijih di dalam batuan. Bijih itu kemudian dipanaskan pada suhu sekitar 1,000 darjah Celsius dan untuk mencapai suhu tersebut para pekerja perlu meniup api tanpa henti melalui batang paip. Proses ini mampu mengambil masa berjam-jam untuk mendapatkan tembaga yang tulen.

Sumber:thevocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Ahli Arkeologi lsra3I D4kwa Jumpa ‘Harta’ Nabi Sulaiman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*