Kontijen Malaysia Sertakan Bukti, ‘Pr0tes Ukraine lemah, doakan…’ – Menteri Belia Dan Sukan

Kontijen Malaysia Sertakan Bukti, ‘Pr0tes Ukraine lemah, doakan…’ – Menteri Belia Dan Sukan
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan bantahan Malaysia berhubung pembatalan pingat emas jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, sudah dihantar kepada penganjur.

Katanya, pegawai Kontinjen Malaysia menyertakan semua bukti termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar bilik menunggu (call room).

“Update terbaru Tokyo – Pr0test submitted. Termasuk semua bukti CCTV di call room dan luar call room. Doakan,” katanya sebentar tadi.

Sumber Facebook pejaofperak

Terdahulu beliau memaklumkan perbincangan sedang berjalan antara pegawai Kontinjen Malaysia dengan penganjur Sukan Paralimpik Tokyo, yang memb4talkan pingat emas dimenangi Ziyad.

Beliau memberi gambaran Malaysia mungkin masih mempunyai harapan mendapatkan kembali pingat berkenaan kerana pr0tes yang dilakukan atlet Ukraine amat lemah.

Sumber Facebook pejaofperak
Turut serta dalam perbincangan itu ialah wakil Australia dan Ecuador, serta negara yang mempr0tes kemenangan tersebut iaitu Ukraine.

“KSU KBS bersama CDM berada di lapangan. Pr0tes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga sedang counter protest. Doakan,” tulis

Faizal.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut memb1das keputusan tersebut.
Dalam satu tweet balasan di laman Twitter rasmi Paralimpik, beliau yang pernah menerajui Kementerian Belia dan Sukan, menyifatkan tindakan itu sebagai sangat memalukan.

“Ini menc3markan reputasi dan bertentangan dengan semangat Paralimpik. Sekiranya ia berpunca daripada kelewatan memasuki bilik menunggu, anda seharusnya tidak membenarkan dia bertanding sejak awal lagi.

“Pingat emas dan rekod dunia yang dir4mpas,” tulis Khairy.

Terdahulu, kem Ukraine melakukan pr0tes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.-Awani

Kontijen Malaysia Sertakan Bukti, ‘Pr0tes Ukraine lemah, doakan…’ – Menteri Belia Dan Sukan

Sumber dipetik dari mykmu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Kontijen Malaysia Sertakan Bukti, ‘Pr0tes Ukraine lemah, doakan…’ – Menteri Belia Dan Sukan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*