Fuh! Bukan 1, tapi 3 foto kreatif milik rakyat Malaysia umur 20 tahun jadi pilihan Apple – “Saya bukan jurugambar”

BUKAN satu, tapi tiga foto yang dirakamkan seorang anak muda terpilih untuk disiarkan menerusi laman Instagram syarikat teknologi gergasi, Apple.

Foto yang memaparkan dua panorama awan dan satu lagi gambar menunjukkan pokok kelapa bersama prop diolah secara kreatif.

Ia sekali gus menjadikannya sebagai rakyat Malaysia bertuah terbaharu yang hasil fotografinya menjadi tatapan 26.4 juta pengikut laman Instagram itu.

Pemuda kelahiran Kuantan, Pahang itu, Muhammad Nuaim Zulkarnain berkata, dua foto itu dirakam di Pantai Air Leleh, Pekan, manakala satu lagi di Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.

Baru berusia 20 tahun, katanya, foto pertama yang disiarkan Apple memaparkan kepulan awan yang unik menggunakan botol minuman sebagai prop.

“Foto tersebut saya gambarkan seperti roket. Foto kedua merupakan rakaman secara kreatif menunjukkan seolah pokok kelapa itu kecil dan pokok itu cuba dibengkokkan.

“Foto ketiga menunjukkan jari dan penggunaan ketip kuku di mana bulan yang berbentuk sabit itu kelihatan seperti bahagian kuku yang telah dipotong,” katanya kepada mStar.’

Salah satu foto yang disiarkan menerusi Instagram Apple.

Lebih mesra disapa Nuaim, dia tidak menyangka tiga fotonya dipilih Apple kerana hobinya merakam gambar menggunakan telefon pintar sejak setahun lalu sekadar suka-suka.

“Perasaan tu amat teruja dan bersyukur kerana terpilih. Tak sangka sebab saya bukanlah jurugambar mahupun melakukan kerja-kerja fotografi secara profesional atau sambilan.

“Terkejvt, tapi rasa bangga sebab boleh bersaing dengan orang-orang yang power dalam fotografi,” katanya yang mengikuti perkembangan Nor Azmeer Iskandar Amir Hamzah yang gambarnya juga pernah terpilih disiarkan di Instagram Apple awal tahun lalu, serta jurugambar antarabangsa, Sam Kolder yang mempunyai 1.7 juta pengikut di Instagram.

Nuaim gemar mengambil gambar di tepi pantai.

Nuaim berkata, dia akan keluar rumah seawal pukul 6.15 pagi selepas Subuh untuk ke pantai ditemani rakan-rakan bagi sesi fotografi.

“Kebanyakan gambar saya pada waktu matahari terbit antara pukul 7 pagi dan 9 pagi kerana pencahayaan waktu ini cukup baik sekiranya menggunakan telefon.

Jika ada rezeki memang nak jadi jurugambar. Ada yang tawarkan saya job fotografi tapi saya terp4ksa tolak kerana saya ambil gambar guna telefon je

MUHAMMAD NUAIM ZULKARNAIN
“Memang menc4bar sebab ada kawan-kawan yang li4t nak bangun pagi. Mereka bukan saja teman untuk bergambar tapi meluangkan waktu dengan makan bersama.

“Kalau mereka tak bangun, sayalah yang akan buat ‘spam’ banyak kali call mereka untuk pergi ke pantai,” ujarnya secara berseloroh.

Nuaim mengimpikan untuk bergelar jurugambar profesional.

Bagi pelajar Diploma Amalan Makanan Halal di Politenik METro Kuantan ini, dia sememangnya mengimpikan untuk menjadi jurugambar profesional pada masa akan datang.

“Jika ada rezeki memang nak jadi jurugambar. Ada yang tawarkan saya job fotografi tapi saya terp4ksa tolak kerana saya ambil gambar guna telefon je.

“Belum ada modal untuk beli kamera. Tapi pernah terfikir juga sama ada nak beli kamera, dron atau upgrade telefon kepada iPhone 13 yang baru nanti… tengok bajet macam mana nanti,” katanya yang membantu rakan menjual biskut secara kecil-kecilan.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Fuh! Bukan 1, tapi 3 foto kreatif milik rakyat Malaysia umur 20 tahun jadi pilihan Apple – “Saya bukan jurugambar”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*