Pandelela kini bergelar ‘Datuk’

PETALING JAYA : Jagoan sukan tanah air terus mendapat pengiktirafan selepas ratu terjun negara, Pandelela Rinong dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud hari ini.

Pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat.

Pandelela, 28, menjadi atlet kebangsaan kedua tahun ini menerima penghormatan yang membawa gelaran Datuk selepas jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang.

Beliau adalah atlet negara keempat dalam sejarah menerima pengiktirafan ketika masih aktif selepas Datuk Lee Chong Wei (badminton), Datuk Nicol David (skuasy) dan Azizulhasni.

Pandelela yang meraih gangsa di Sukan Olimpik London 2012 dan perak pada temasya Rio 2016 menjadi sandaran Malaysia untuk memburu pingat di Paris 2024.

Mendahului senarai penerima darjah kebesaran ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen yang menerima darjah Datuk Amar Bintang Kenyalang (D A) yang membawa gelaran Datuk Amar.

Sumber:media viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Pandelela kini bergelar ‘Datuk’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*