Bajet 2022: Ramai tye bantuan utk org bujang, ini jawapan Tengku Zafrul

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM2,000 akan disalurkan kepada isi rumah yang mempunyai anak lebih tiga orang dengan pendapatan isi rumah kurang RM2,500 sebulan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah tersebut menyaksikan peningkatan berbanding jumlah sebanyak ini RM 1,800 dibawah Bantuan Rakyat Prihatin.

Selain itu katanya, ibu atau bapa tunggal yang berkelayakan boleh menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 bagi mereka yang mempunyai anak tanggungan dengan pendapatan sebanyak RM5,000.

‘Ini bermakna jumlah maksimum yang boleh diterima bagi mereka yang berkelayakan adalah sebanyak RM2,500.

“Bantuan ini akan memberi manfaat kepada 9.6 juta penerima dengan melibatkan RM8.2 bilion,” katanya dalam sesi pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Bantuan Untuk Orang Bujang

“Ramai yang bertanya di media sosial, Bantuan Keluarga Malaysia ni tak ada ke untuk bujang?

” Adaaa. Ucapan Bajet tu sebenarnya cuma sebahagian dari pelbagai bantuan yang disediakan untuk #KeluargaMalaysia. Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan. Tapi dalam #Bajet2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat”.

“Saya kongsikan di sini ringkasan Bantuan Keluarga Malaysia untuk rujukan semua. InsyaAllah pencerahan lain akan menyusul” .

Sumber:viralsangat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Bajet 2022: Ramai tye bantuan utk org bujang, ini jawapan Tengku Zafrul"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*