Selepas ramai des4k minta one off RM10K, ini penjelasan KWSP kenapa mereka sus4h nak bagi

Kemudahan pengeluaran bersifat luar biasa seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pande.mik CO.VID-19 telah mengak.ibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan memaklumkan, meskipun kemudahan itu telah memberi kelegaan kepada ahli terlibat, namun ia telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripadan RM10,000 dalam akaun mereka.

6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki kurang RM10,000, majoriti ahli Bumiputera
6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki kurang RM10,000, majoriti ahli Bumiputera

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

“Ia meskipun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pande.mik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kejat.uhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih meri.saukan untuk ahli bumiputera, memandangkan seramai 78 peratus, atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.

“Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus, ahli bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2.0 juta, atau 25 peratus, mempunyai kurang daripada RM1,000,” jelas kenyataan tersebut pada Ahad.

Lantaran itu, KWSP kini fokus dalam membantu ahli membina semula simpanan demi masa depan persaraan mereka.

“Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti.

“KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merang.sang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: KWSP via Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Selepas ramai des4k minta one off RM10K, ini penjelasan KWSP kenapa mereka sus4h nak bagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*