”Orang Kata Dia Ged1k…”- Suami Elly Mazlein Ded4h Per4ngai Sebenar Isterinya

Suami kepada penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, Mohammad Azlan Che Noh akui terpikat dengan pasangannya kerana kelembutannya.

Malah, Azlan atau dikenali dengan panggilan Papa Awan Nano berkata dia bertuah kerana memiliki Elly.

“Kelembutannya buat saya tertarik. Dalam televisyen orang hanya lihat karakter dia berbeza dari sebenar sebab itu saya tak kisah kalau orang nak kata dia ged1k ke apa.

“Alhamdulilah saya bertuah memilikinya kerana kelembutan yang ada pada dirinya,” katanya selepas diijabkabulkan semalam.



Sementara itu, Azlan yang juga merupakan seorang guru itu memberitahu dia tidak menghalang Elly untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon selepas ini.

“Kami sudah berbincang dan saya amat memahami dengan kerjayanya sebagai pelakon.

“Saya yakin dan percaya dia tahu menjaga batasnya sebagai seorang isteri kepada saya. Malah sebelum ini pun dia sudah mampu menjaga batas dirinya,” katanya lagi.

Terdahulu, Azlan mengikat tali pertunangan dengan Elly pada 17 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

sumber:gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "”Orang Kata Dia Ged1k…”- Suami Elly Mazlein Ded4h Per4ngai Sebenar Isterinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*