Mak Wan Latah nikah lagi, pindah ikut suami ke Kuala Pilah

PELAKON Mak Wan Latah meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya dengan suami, Hussien Dollah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Ipoh, Perak berjalan dengan lancar.

Menurut Mak Wan, 61, dia sepatutnya bernikah pada 15 Januari namun tarikh terpaksa ditunda disebabkan menjadi kontak rapat adik yang positif C.ovid-19 selepas pulang dari tunai umrah.

Kata pemilik Halimaton Saadiah Mohd Daud, urusan pertukaran tarikh dilakukan anaknya ketika dia menjalani kua.rantin di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi.

Majlis resepsi turut dimeriahkan dengan kumpulan Marhaban.

“Sepatutnya saya nikah pada 15 Januari tapi terpaksa tunda disebabkan saya menjadi kon.tak rapat adik yang positif C.vid-19 selepas balik dari umrah.

“Lebih kurang 20 jemaah termasuk adik saya disahkan positif ketika jalani ujian calitan di lapangan terbang. Alhamdulillah keputusan saya negatif.

“Bila dah jadi kontak rapat, saya terpaksa jalani kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia. Anak saya yang menguruskan pertukaran tarikh nikah.

“Alhamdulillah, pada 22 Januari lalu saya dan suami selamat bernikah di Pejabat Agama Ipoh, Perak,” katanya kepada mStar.

Anak saya yang menguruskan pertukaran tarikh nikah.

MAK WAN LATAH

PELAKON

Mak Wan dan Hussien, 71, turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi di kampung suaminya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Mak Wan memberitahu dia sudah dirisik pada 14 November dan akan berkahwin sebaik saja selesai menunaikan umrah pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Mak Wan memberitahu dia kini menetap bersama suaminya di Kuala Pilah dan akan berulang alik ke Kuala Lumpur sekiranya ada kerja.

Mak Wan bersama ahli keluarganya dan suami.

“Selepas berkahwin ini, saya ikut suami duduk di Kuala Pilah sebab dia ada kebun di sini. Kalau ada kerja di KL, barulah saya akan pergi ke sana.

“Saya pun dah berbincang dengan anak-anak dan suami. Alhamdulillah, mereka memahami,” ujarnya.

Hasil daripada perkahwinan sebelum ini, Mak Wan mempunyai empat orang anak manakala suaminya, dua orang cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : mstar & News

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Mak Wan Latah nikah lagi, pindah ikut suami ke Kuala Pilah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*