Neelofa, PU Riz selamat tim4ng anakanda sulung. Ini nama anak yg diberi

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Neelofa, selamat mel4hirkan cahaya mata sulung, jam 3.44 petang, kelmarin.

Perkhabaran gembira tersebut dimaklumkan suami tercintanya, Muhammad Haris Ismail yang dikenali sebagai PU Riz, menerusi satu kenyataan.

Haris turut merakamkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana segala urusan mereka saat men1mang cahaya mata sulung, dipermudahkan.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya.

“Isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat mel4hirkan putera sulung kami, Muhammad Bilal Muhammad Haris pada 29 Januari 2022, pukul 3.44 petang.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, dia dan isteri menzahirkan penghargaan buat semua yang meniupkan doa yang baik-baik buat mereka.

Haris juga berkesempatan memohon agar orang ramai turut menitipkan doa buat b4yinya agar menjadi khalifah yang memberi kebaikan kepada agama dan negara.

Nama anak

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.

“Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata. Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu.

“Mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” ujarnya panjang.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu, di hotel terkemuka di ibu kota.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Neelofa, PU Riz selamat tim4ng anakanda sulung. Ini nama anak yg diberi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*