Penerangan Lelaki Ini Buat Ramai Yang Setuju, Watak Abu Lahab Sering Dipotret H0doh Dan B3ngis

Mungkin sejak kecil kita sering dipaparkan watak j4hat seseorang itu pasti bermuka hod0h dan beng1s, sedikit sebanyak telah memberi persepsi yang sil4p dalam menilai seseorang.

Benarkah persepsi-persepsi ini? Betulkah wajah seseorang itu melambangkan siapa dia? Bolehkah kita meramal peribadi seseorang itu berdasarkan apa yang kita lihat sahaja?

Misalnya, kisah Abu Lahab yang diceritakan dalam bentuk animasi atau lakonan, pasti berw4jah h0doh dan beng1s.

Persepsi sebegini diutarakan oleh seorang pengguna Facebook bernama Mohd Shah Rizal Samsudin yang menyatakan bahawa rupa bukanlah ukuran kita menilai seseorang itu berperwatakan baik atau bur.uk. Mari ikuti penerangan beliau.

Sering saya melihat apabila watak Abu Lahab dilakonkan, baik di dalam bentuk fizikal atau animasi, wajahnya pasti hod0h atau beng1s. Kalau orang islam pula, mesti pakai baju-baju putih. Mungkin ada unsur psikologi di situ untuk mudah penonton bezakan antara watak j4hat dan baik.

Gambaran wajah Abu Lahab

Namun ianya sangat kontr4dik dengan apa yang ditulis di dalam sirah. Abu Lahab iaitu bapa saudara Nabi SAW. Lahab itu adalah laqab, bukannya nama sebenar. Nama sebenar beliau adalah Abdul Uzza bin Abdul Mutallib. Lahab adalah bermaksud bercahaya kemerah-merahan persis hujung nyalaan api. Maksudnya, Abu Lahab ini kulitnya adalah putih kemerah-merahan yang dinilai cantik oleh orang arab ketika itu.

Ironinya, Abu Lahab ini bukanlah h0doh dan menjengk3lkan. Beliau ini hensem, petah berkata-kata, ahli politik, pemberi makan kepada tetamu haji, keturunan elit dan kaya-raya. Boleh dikatakan watak yang menjadi bualan atau selebriti di kalangan umum.

Abu Lahab pula berkahwin dengan Ummu Jamil. Ummu jamil adalah laqab bermaksud ‘ibu kepada kecantikan’. Nama sebenar Ummu Jamil adalah Arwa binti Harb bin Umayyah. Ummu Jamil adalah saudara kandung kepada Abu Sufyan bin Harb. Ummu Jamil adalah seorang yang cantik, anak kepada pembesar keturunan Bani Umayyah.

Kedua-duanya adalah influencer (disebabkan hensem, cantik, keturunan elit dan kaya), dan kedua-duanya adalah pasangan suami isteri. Boleh bayangkan status mereka di zaman itu? Memang semasa mereka berkahwin boleh dikatakan wedding of the year lah!

Maka adalah sil4p menggambarkan Abu Lahab dengan wajahnya yang h0doh, beng1s atau menjengk3lkan Tetapi status mereka ini adalah tinggi dalam sistem sosial masyarakat ketika itu. Namun di hadapan Allah SWT kedua-duanya adalah pasangan paling m4lang.

Sejah4t-jah4t Abu Jahal dan se4ngkuh-4ngkuh Al-Walid bin Mughirah pun, nama mereka tidak dikej1 direct oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, namun tidak bagi Abu Lahab. Tersebut jelas namanya dan juga isterinya di dalam surah Al-Masad. Allah SWT ‘meng3jek’ guna ayat yang sama dalam ucapan ej3kannya kepada Nabi SAW – تباً لّك (musn4hlah kamu!), juga Abu Lahab yang akan dib4kar oleh nerak4 yang juga punya ‘Lahab’.

‘Masyarakat mudah tert1pu dengan watak’
Gambaran seperti ini seharusnya dinyatakan jelas jika kita mahu mengungkapkan siapakah mu.suh Allah SWT di zaman Rasulullah SAW. Memandang sirah dalam pandangan binari (baik vs jah4t), adakalanya membuatkan masyarakat mudah tertipv dengan watak-watak seperti ini yang wujud pada setiap zaman.

Sya.itan manusia ini tidak semestinya hadir dalam hidup kita dalam bentuk h0doh dan menjengk3lkan. Boleh jadi merekalah yang paling dikagumi status sosialnya, rupanya, butir bicara, perbuatan baiknya yang zahir, sehingga membuatkan kita terpengaruh dan mengidolakan mereka, walhal ianya boleh jadi sahaja membinas4kan diri kita sendiri.

Wallahualam moga Allah SWT memandu kita di atas jalan yang benar.

sumber:odisi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Penerangan Lelaki Ini Buat Ramai Yang Setuju, Watak Abu Lahab Sering Dipotret H0doh Dan B3ngis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*