Kisah Bilal Bin Rabah, Tidak Gentar Dis3ksa Demi Menjaga Agama, Bilal Tetap Teguh Pendiriannya

Menyebut tentang laungan azan, pasti akan terbayang tentang sirah mengenai sos0k tu.buh seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang hebat iaitu kisah Bilal bin Rabah.

Kisah Bilal bin Rabah ini sentiasa diceritakan dalam kalangan masyarakat, tidak mengira lapisan usia. Hal ini kerana keteg.uhan hati beliau yang sungguh kent4l menjaga agamanya.

Siapa Bilal bin Rabah ini? Bilal bin Rabah ataupun nama sebenarnya Bilal bin Rabah Al-Habasyi dilahirkan di daerah as-Sarah sekitar 43 tahun sebelum Hijrah dan berasal dari Habasyah (Ethopia).

Daripada segi fizikal, Bilal bin Rabah dikatakan seorang lelaki yang bertub.uh tinggi, kurus dan berkulit gelap kerana bukan daripada kalangan bangsa arab.

Untuk pengetahuan, Bilal merupakan seorang hamba kepada Umayyah bin Khalaf. Apabila Bilal bin Rabah tahu pasal Islam dan Rasulullah SAW, beliau terus saja menemui Baginda dan menyatakan dirinya untuk mem3luk Islam.

Bilal bin Rabah juga merupakan antara sahabat nabi yang berasal daripada bukan Islam. Kisah Bilal bin Rabah yang memel.uk agama Islam ini diketahui oleh tuannya sendiri iaitu Umayyah bin Khalaf.

Dihuk.um gara-gara p3luk Islam

Sebaik sahaja mengetahui perkara itu, Umayyah berasa sangat m4rah dengan tindakan Bilal lalu meny3ksanya dengan meletakkan batu ke atas badannya di bawah panas terik di gurun selama beberapa hari.

Berkali-kali Umayyah bin Khalaf menghuk.um dan memintanya agar meningg4lkan agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Namun, Bilal tetap teguh pendiriannya.

Beliau selalu mengucapkan “Ahad-Ahad” yang bermakna ‘Allah Yang Satu’. Akhirnya, sahabat Baginda SAW, Saidina Abu Bakar As-Siddiq datang membelinya daripada Umayyah dan memerdekakannya.

Tibalah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat ke Madinah membawa ajaran Islam. Bermulah kisah Bilal bin Rabah ini mula dikagumi setelah terbinanya Masjid Nabawi, Rasulullah mensyariatkan seseorang untuk melaungkan azan. Persoalannya, siapakah yang akan melaungkan azan?

Insan pertama laungkan azan

kisah Bilal bin Rabah telah dipilih oleh Rasulullah SAW sebagai muadzin pertama Islam sehingga beliau digelar sebagai ‘muadzin Rasulullah’. Hal ini kerana, sepanjang kehidupan Baginda tiada siapapun yang menggantikan Bilal bin Rabah untuk melaungkan azan.

Sewaktu kewafatan Baginda Muhammad SAW, Bilal meminta kepada kepada Abu Bakar untuk tidak lagi melaungkan azan. Namun jawab Abu Bakar, “Mana mungkin aku menurunkan darjat seseorang yang telah diangkat oleh Rasulullah sewaktu hidup,”

Lalu Bilal berkata, “Aku tidak sanggup lagi untuk melaungkan azan kerana ketika aku melihat menara, aku akan terbayang bersama baginda Nabi Muhammad SAW bersama memori aku bersama baginda,”

Akhirnya, Bilal bin Rabah berpindah ke Syria. Akibat kerinduannya yang amat mendalam terhadap Rasulullah SAW, Bilal telah bermimpi tentang Baginda sehingga berjurai-jurai air matanya apabila terjaga dari tidur.

Lalu, Bilal bin Rabah pun kembali semula ke Madinah untuk melawat makam Rasulullah SAW.

Semoga kisah Bilal bin Rabah tentang kerinduannya terhadap Nabi Muhammad SAW ini menjadi iktibar kepada kita semua.

Untuk menonton pelbagai kisah menarik tokoh-tokoh dalam sejarah Islam, boleh ikuti Siakap Keli di Youtube seperti di bawah ini.

sumber:siakap keli

Be the first to comment on "Kisah Bilal Bin Rabah, Tidak Gentar Dis3ksa Demi Menjaga Agama, Bilal Tetap Teguh Pendiriannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*