Sedekah Subuh Dapat Doa Malaikat, Rutinkan Setiap Hari Walau Cuma RM1

Sedekah merupakan satu amalan yang sangat baik dalam menjemput rezeki, boleh saja dilakukan pada bila-bila masa.

Namun demikian, antara waktu yang terbaik untuk kita melakukan sedekah adalah ketika selepas solat subuh, bagi mendapat doa mustajab daripada para malaikat.

Baca perk0ngsian amalan yang dilakukan oleh Puan Normah Omar ini.

Kenapa sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.

Sedekah Subuh Terbaik

Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa? Kata Rasullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.

Sediakan Tabung Untuk Bersedekah

Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.

“Ya Allah, dengan berkah sedekah ini mudahkanlah pekerjaan saya”

“Ya Allah, dengan sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya untuk kedua orang tua ku”

“Ya Allah, dengan berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiw4 aku supaya tidak emos1 lagi”, contoh-contohnya.

Waktu Mustajab, Rutinkan Setiap Hari

Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.

Rutinkan setiap hari, sehingga 30 – 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah-sedekah itu kepada anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.

Yang solat subuhnya di surau atau Masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.

Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau di lakukan secara istiqomah disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.

Dari perkongsian Ustaz Syekh Ali Jaber. Wallahualam. Wassalam.

Sumber:akak pesan

Be the first to comment on "Sedekah Subuh Dapat Doa Malaikat, Rutinkan Setiap Hari Walau Cuma RM1"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*