“Tiga sikap buat dia berjaya.. “-Ibu Ded4h Rahsia kejayaan Neelofa

Sebagai ibu, siapa yang tidak bangga dan bahagia apabila anaknya berjaya. Itu yang dirasai usahawan terkenal, Datin Noor Kartini Noor Mohamed selepas menyaksikan kejayaan anak tercinta, Noor Neelofa dalam dunia seni dan perniagaan.

Rahsia kejayaan Neelofa

Menerusi Instagram Stories, Noor Kartini berkongsl keperibadian baik Neelofa, 34, yang ramai orang tidak nampak dan harapnya boleh menjadi inspirasi kepada anak muda.

Kata ibu berumur 56 tahun ini, Neelofa merupakan seorang anak yang mendahulukan ibu dalam kehidupannya dan sangat manja.

Lofa (panggilan Neelofa) ini kalau mama (panggilan Noor Kartini) boleh gambarkan dia sangat istimewa. Tiga sikap buat dia berjaya dia sangat jaga ibu bapa, khidmat dia pada mama. Dia percaya dengan redha ibu bapa. Allah bersabda, ‘redha aku datang selepas redha ibu.’

Lofa ni kalau dia kat luar negeri ada event ke apa-apa walau masa berbeza dia mesti tetap akan hubungi mama minta doa, jadi mama malam itu selalu akan terus mengaji atau doa untuk Lofa.

Selepas selesai nanti pembantu peribadi dia akan WhatsApp mama cakap alhamdulillah dah selesai. Dah tinggi mana pun dia memang dia tetap dahulukan mama. Mungkin ini lah rahsia kejayaan dia.

Tak pernah henti tambah ilmu

Noor Kartini menyifatkan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor adalah anak luar biasa kerana mempunyai kekuatan dan kegigihan yang tidak semua orang mampu lakukan.

Malah, isteri kepada Muhammad Haris Mohd. Ismail ini berjihad dalam mengubah penampilan diri dengan memakai purdah di saat namanya sedang berada di puncak kegemilangan.

Bagi mama, anak yang bernama Lofa ini sangat luar biasa, kekuatan dia, kegigihan dia, pengorbanan dia. Air mata dia jarang orang nampak.

Kita semua boleh tengok jihad dia melawan diri dia sendiri ketika di puncak. Dia mula pakai purdah. Dia berhijrah dan mengaji agama dari mula, panggil ustaz, tak pernah berhenti untuk upgrade diri.

Dalam pada itu, ibu kepada sembilan orang anak ini mendoakan agar impian bekas hos MeleTOP untuk membuka satu empayar perniagaan yang besar akan termakbul.

Semoga cita-cita love (panggilan Neelofa) untuk membuka satu empayar perniagaan yang besar dan luar biasa Allah nampak dan makbulkan. Mama percaya love mampu sebab dia selalu dahulukan hak-hak Allah, suami, ibu dan keluarga. Allah akan dengar doa ini.

PENCAPAIAN CEMERLANG NEELOFA

Pada April 2017, Neelofa telah terpilih sebagai sal4h seorang daripada 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes.

Ini merupakan pengiktirafan yang cukup membanggakan biarpun usianya dalam dunia perniagaan masih baru.

Beliau juga merupakan antara 10 individu utama yang tampil dalam versi majalah tersebut bersama-sama nama mogul perniagaan yang lain seperti Vivy Yusof, Sasha Tan, Edmund Ooi, Victor Chua dan lain-lain lagi.

Selain itu, Neelofa terpilih untuk mewakili Malaysia bagi Program Delegasi Belia Pertubu.han Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) (UNDP) dan dijemput untuk menjadi panel penceramah di Forum Belia Misk-UNDP 2017, yang diadakan di New York, US.

Beliau diumumkan sebagai wanita berhijab pertama yang menghiasi papan iklan jenama aksesori perhiasan popular, Swarovski di Malaysia pada 14 Mei 2019.

Neelofa turut menerima pencalonan dalam kategori usahawan pada anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 di Monaco yang dianggap sebagai platform terbaik untuk mengukuhkan empayarnya.
Beliau turut diberi penghormatan sebagai tetamu penting dalam majlis Swarovski

Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan yang diadakan di Milan pada 21 September.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Youtube Majalah Nona

Apa kata anda?

Sumber: Instagram @noorkartini, obulan

Be the first to comment on "“Tiga sikap buat dia berjaya.. “-Ibu Ded4h Rahsia kejayaan Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*