“Umur beza lebih 10 tahun, dia orang biasa je..” Mawar Karim Mula Buka Cerita Isu Sudah Kahwin 3 Bulan

Usahawan selebriti Mawar Karim mena fikan dirinya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan dari Perlis yang dikenali sebagai Datuk Z.

Menurut laporan Harian Metro, usahawan berusia 33 tahun itu berkata, perkara itu masih dalam perancangan apatah lagi perlu memikirkan penerimaan anak perempuannya Wan Maryam mengenai ‘bapa baharu’.

“Insya-Allah, kita dalam proses (kahwin). Perancangan itu ada, doa yang terbaik. Apa pun perancangan Allah yang tentukan. Bila tu tak tahu lagi. Mungkin bulan Disember, Januari.

“Anak pun okay, sebab ada proses mengenali. Nak perkenalkan calon, dia orang biasa saja. Saya pun jarang kong si cerita peribadi di media sos ial. Saya kongsi kerjaya saja,” katanya.

Usahawan jenama tudung Fareeda itu berkata, kriteria penting adalah bakal suaminya boleh menerima kehadiran anaknya termasuk dari segi keserasian.

“Umur, beza lebih 10 tahun. Ciri-ciri, yang penting penerimaan anak saya. Sebab kiranya pakej lah, ada anak saya sekali ‘one plus one’. Sebab tak semua orang boleh terima.

“Jadi apa yang penting berkat doa mak, doa saya sendiri, keserasian anak, itu sangat penting. Keluarga pun tahu. Saya doakan yang terbaik,” ujarnya.

Sebelum ini, terdapat sumber mendak wa Mawar sudah kembali bergelar isteri dengan melangsungkan perkahwinan di Bukit Tinggi, Pahang pada tiga bulan lalu.

“Mereka (Mawar Karim dan Datuk Z) dah kahwin tiga bulan lalu. Mawar berma du.” dak wa sumber tersebut.

Antara VIP yang juga kenalan terdekat pengantin yang turut ialah pelakon era 1990-an Mas Anizan serta isteri kepada seorang menteri Kabinet.

“Dia dah 5 Februari,” tambah sumber.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan sama ada benar atau tidak keaslian gambar tersebut.Yang jelas, hanya Mawar dilihat berpakaian serba putih seperti lazimnya digayakan pengantin pada hari pernikahan.

Usaha untuk mendapatkan penjelasan Mawar atau nama sebenarnya, Mawar Abdul Karim, 33, juga belum berhasil apabila panggilan telefon dan pesanan yang ditinggalkan di WhatsApp tidak berbalas.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar itu sedang dalam proses mengenali hati budi seseorang yang berkerjaya seorang ahli perniagaan juga berasal dari Utara tanah air.

Sungguhpun begitu, Mawar ketika ditemu bual enggan mendedhkan status lelaki itu kerana menurutnya, hubungan mereka masih terlalu awal untuk dikong sikan kepada umum iaitu lebih kurang setahun perkenalan.

Terdahulu, Mawar atau nama penuhnya Mawar Abdul Karim berkahwin dengan pelakon Fizo Omar pada November 2013 namun berce rai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Harian Metro , Instagram Mawar Karim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "“Umur beza lebih 10 tahun, dia orang biasa je..” Mawar Karim Mula Buka Cerita Isu Sudah Kahwin 3 Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*