Najwa Latif Bakal Bergelar DOKTOR, Semangatnya Buru PhD Jadi Inspirasi!

Selebriti yang satu ini sememangnya wanita inspirasi. Najwa Latif ada sarjana dan bakal bergelar Doktor apabila tamat pengajian kelak.

Siapa sangka walaupun pada mulanya tidak meminati bidang akademik namun Najwa Latif kini sedang berusaha meraih gelaran tertinggi dalam pendidikan. Penyanyi lagu Kosong ini begitu teruja dengan ‘rezeki’ yang diperolehnya ini. Sebelum meneruskan pengajian di peringkat PhD, Najwa Latif ada sarjana dalam bidang yang sama.

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif kini sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Najwa Latif kini menjawat jawatan sebagai pensyarah, sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dari Universiti Antarabangsa Unitar (UNITAR) pada 2017. Najwa Latif kemudian meneruskan pendidikan tinggi dalam jurusan sama di Universiti Malaya (UM) di peringkat Sarjana.

Wanita yang baharu sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-27 baru-baru ini telah menzahirkan rasa syukur dalam masa yang sama teruja membayangkan ‘gelaran’ yang bakal disandangnya kelak walaupun pengajiannya baru bermula seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.

“Tempoh pengajian dijangka dalam tiga hingga enam tahun. Jauh lagi perjalanan nak dapat gelaran itu namun saya rasa dapat bergelar doktor adalah pencapaian luar biasa untuk saya yang pernah tak minat akademik.

Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.

Walaupun habis PhD nanti, saya rasa saya masih akan nak terus belajar dan belajar lagi. Semua ini untuk kepuasan diri dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.

Saya bersyukur dapat peluang sambung belajar lagi masih terlalu seronok. Tapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai, TESL,” tutur Najwa Latif.

Menurut Najwa (ketika itu) masih dalam proses untuk menentukan penyelidikan apa mahu dikaji bagi tesisnya nanti. Semoga kejayaan Najwa Latif ini meny untik inspirasi kepada wanita lain untuk mencapai sesuatu tanpa kenal istilah put us asa.

Foto: Instagram @njwalatif

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Be the first to comment on "Najwa Latif Bakal Bergelar DOKTOR, Semangatnya Buru PhD Jadi Inspirasi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*