Lebuhraya KL-Karak ditutup sebahagian mulai pukul 11 malam ini

LEBUHRAYA Kuala Lumpur-Karak (KLK) akan ditutup selama 30 minit pada malam Isnin (27 Jun) bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Pengurus Besar Kanan Syarikat Konsesi Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata penutupan mulai 11 malam itu adalah untuk memudahkan laluan bagi jente ra berat yang digunakan dalam pembinaan terowong ECRL di Genting.

“Kedua-dua arah Lebuhraya KLK akan ditutup sepenuhnya dari KM55.35 sehingga KM55.85 (Lentang) bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini.

“Anih Berhad ingin menasihatkan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan mereka dan jika perlu, percepatkan atau menan gguhkan perjalanan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Radzimah berkata hanya lorong kiri akan dibuka untuk kedua-dua arah selepas 11.30 malam.

Beliau berkata laluan itu dijangka dibuka semula sepenuhnya pada 5 pagi Selasa (28 Jun).

Radzimah mengingatkan pengguna lebuh raya supaya memandu secara berhemah dan mematuhi arahan petugas di lokasi serta memastikan keadaan kenderaan mereka berada dalam keadaan optimum sebelum memulakan perjalanan.

Maklumat yang tepat dan terkini boleh didapati di Twitter @LLMTrafik, @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia, @Lebuhraya Pantai Timur atau talian hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 1-700-818- 700. – THE STAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber