Penangan filem Mat Kilau, ramai ibu bapa daftar anak belajar silat

Filem Mat Kilau mencet uskan fenomena luar biasa kepada persatuan silat apabila menerima banyak penyertaan daripada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka belajar seni mempertankan diri itu.

Naib Pengerusi Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) Daerah Jempol, Ahmad Shafiq Zulkifli berkata sejak tiga hari lalu, pihaknya menerima pendaftaran lebih 40 pelajar baharu yang mahu belajar silat.

Katanya, ia cukup luar biasa memandangkan sebelum ini hanya menerima empat atau lima pelajar dalam tempoh setahun.

“Impak dicetvskan filem berkenaan menyebabkan ada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka belajar silat.

“Sebelum ini, silat kurang mendapat sambutan berikutan ada yang mendkwa hanya sekadar seni bela diri kampung namun tayangan filem itu mengubah persepsi orang ramai,” katanya.

Ahmad Shafiq yang juga gurulatih muda khalifah berkata dia yakin penyertaan pelajar baharu itu akan bertambah susulan program pengambilan ahli baharu bermula hari ini dan esok.

Katanya, pengaruh silat yang dipamerkan dalam filem berkenaan yang memaparkan semangat juang yang tinggi, pembawaan watak persilatan, adab orang Melayu dan junjungan agama Islam yang tinggi sangat memberi impak khususnya kepada ibu bapa.

“Tidak menghair4nkan apabila ada ibu bapa mendaftar anak mereka berusia lima tahun selain ada golongan dewasa berusia 50 tahun yang turut berminat mahu berlatih silat,” katanya.

Mengulas mengenai demam filem Mat Kilau itu, katanya, seramai 104 ahli PSSGM Jempol sudah dibawa menyaksikan tayangan filem di pawagam di Bahau malah ahli turut mengenakan busana tradisional seperti pahlawan Melayu.

Untuk rekod, Gelanggang Panglima Hitam PSSGM daerah Jempol sudah melahirkan 4,000 pesilat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber :Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber