Bakal suami bijak dan lucu buat Sharifah Amani tertarik, akan nikah tahun ini

ENGGAN mendedahkan tarikh sebenar bakal melangsungkan perkahwinan, pelakon Sharifah Amani bagaimanapun tidak menolak akan naik pelamin tahun ini juga.

Amani, 36, berkata, ketika ini dia sedang melakukan pelbagai persiapan untuk majlisnya itu dan selebihnya menyerahkan kepada ketentuan Yang Maha Esa.

“Alhamdulillah, saya gembira sekarang ini (bertunang). Insya Allah diharapkan semuanya dipermudahkan.

“Rasa geme ntar itu memang ada apabila memikirkan pelbagai perkara, harap semuanya berjalan lancar,” katanya kepada mStar.

Sharifah Amani dalam fasa bahagia.

Amani ditemui pada sidang media drama terbaharu berjudu; Murder In Moonlight yang berlangsung di GSC, Mid Valley, pada Selasa.

Terdahulu, pelakon filem Sepet ini melangsungkan pertunangan dengan jejak pilihannya pada 26 Jun lalu apabila memuat naik gambar sedang mencuba baju pengantin.

Dalam pada itu, Amani tidak mahu terlalu terbuka berkongsi tentang bakal suaminya itu namun hubungan mereka mula terjalin sejak empat tahun lalu.

Barisan pelakon drama Murder In Moonlight.

Amani berkata, apa membuatkan dia tertarik dengan bakal suaminya, lelaki itu seorang yang bijak serta lucu membuatkan dia ja tuh hati.

“Kami memang tak mahu war-warkan di media sosi al kerana apa salah boleh disal ah tafsirkan oleh orang lain. Barangkali selepas berkahwin saya akan kong si.

“Dia seorang lelaki Malaysia dan kami kenal lebih kurang empat tahun. Dia seorang yang bijak dan lucu. Itu membuatkan saya tertarik,” ujarnya.

Berkongsi tentang persiapan bergelar isteri, Amani menyifatkan perkara itu sesuatu yang subjektif dan dia sendiri tidak sabar untuk mendalami dan menggalas maksud sebenar perkara itu.

“Perkataan isteri itu sangat subjektif dan banyak huraian yang boleh dibuat daripada satu perkataan.

“Setiap orang ada maksud tersendiri dan saya tidak sabar untuk melalui fasa sebagai isteri,” katanya.

Sumber :  https://www.mstar.com.my/

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber