[VIDEO] “Macam Cantik Je, Macam Comel Je” – Rupanya Asyalliee Tu Syasya Solero Viral, Lepas 9 Tahun Baru Beri Penjelasan

Masih ingatkah anda tentang individu bernama Syasya Solero yang pernah tular sekitar tahun 2013 dengan ayat popular, “macam cantik je, macam comel je,?”

Mungkin ramai yang tidak perasan sebenarnya Syasya Solero adalah pengsohor media sosi al, Asyalliee Ahmad yang kini sudah pun berkahwin.

Mengimbas kembali kenangannya pada ketika itu, Asyalliee atau lebih mesra dengan Asya berkata dia tidak menyangka menjadi tular kerana tujuannya merekod video itu hanya untuk suka-suka.

“Waktu kejadian video tu saya dekat kedai kakak. Balik daripada sekolah saya tolong kakak dekat kedai.

“Waktu tu tak ada pelanggan, mainlah make up – make up. Lepas tu saya rasa lawa sungguh make up saya, mata aku lawanya, jadi terfikirlah nak buat video.

“Waktu itu pula tengah popular zaman Keek, dah siap make up apa semua ambil video record, Syasya suka dengan mata Syasya, macam cantik je, macam comel je gitu.

“Orang ambil video itu pergi upload dekat YouTube pula. Saya tak ada rasa macam nak famous ke, nak viral ke.

“Waktu itu saya tidak tahu apa-apa lagi, saya record untuk suka-suka. Orang yang viralkan saya.

“Tapi waktu itu biasalah kan, depa dok kata cari publisiti murahan, aku ni budak lagi waktu itu, viral pun tak tahu apa lagi,” jelasnya menerusi satu rakaman video yang di muat naik di akaun Instagramnya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Asyalliee Ahmad (@asyalliee)

Tambah Asya lagi, dia tidak dapat melupakan saat dvka di mana dirinya men4ngis kerana tidak tahan dihembu rkan dengan kata-kata neg4tif wargamaya.

“Saya men4ngis tau sebab saya macam tak sangka kenapa orang buat macam ni dekat saya, saya tak k4cau siapa-siapa pun, saya hanya buat video puji mata saya je.

“Bukannya saya h1na orang ke, bvnuh orang ke, bergelek-gelek ke, tak ada. Hanya puji mata saya je. Jadi kena hent4m,” kongsinya.

Bagaimanapun kata Asya, tidak semuanya memberikan kenangan pa hit, malah ibu kepada tiga orang cahaya mata ini juga berkong si impak yang diterima selepas dirinya menjadi tular.

“Tetapi saya bersyukur sangat-sangat, disebabkan video itu, banyak peluang saya dapat. Saya ambil peluang itu untuk bina kerjaya saya sendiri.

“Bermula dengan modelling, review sampailah saya berkahwin dengan suami saya, baru saya buat perniagaaan.

“Terima kasih kepada anda yang pernah viralkan saya, yang ambil video masa saya budak lagi dan masuk ke YouTube tu. Terima kasih,” ujarnya.

Asya kini mempunyai perniagaan kosmetik yang diusahakan bersama suaminya.

Komen netizen:

Sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber