“Kenapa Abiy N4ngis?” Rezeki Si Kembar Sofiya Dan Safiya, Kini J4di Kesayangan Tengku Mahkota Kelantan Dan Che Puan Sofie

Dua tahun lalu, kisah Syazwan Najmi Zulkarnain dan isteri pernah tular. Isterinya, Nur Nasuha Shafie mening gal dunia dalam keadaan k0ma selepas 14 hari mela hirkan ba yi kembar mereka pada 31 Mac 2020 di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Ketika itu, mereka baru 10 bulan bergelar suami isteri. Lebih memilukan, arwh tidak sempat melihat serta memeluk ba yi kembar mereka yang dilahirkan tidak cukup bulan. Walau sed1h namun Syazwan Najmi yang merupakan seorang peniaga pasr4h dengan ketentuan Ilahi. Sebelum menghembVskan nafas terkahir, isterinya sempat memberikan nama kepada ba yi kembar mereka.

Kini, Syazwan Najmi bahagia bersama anak kembarnya iaitu Nur Medina Sofiya dan Nur Medina Safiya. Makin besar makin banyak keletahnya. Syazwan Najmi sering berkongsi video-video dia bersama Sofiya dan Safiya di Instagram. Rata-rata pengikutnya memuji kecomelan Sofiya dan Safiya dengan keletahnya yang sangat mencuit hati.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh SYAZWAN NAJMI (@mie7637)

Lebih bertuah, kisah mereka turut mendapat perhatian Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri tercinta, Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson. Pasangan diraja berjiwa rakyat ini sudah dua kali membuat kunjungan kasih bertemu Syazwan Najmi dan anak kembarnya.

Mereka dalam pantauan YTM dan Che Puan Sofie. Saya diamanahkan untuk menjaga Sofiya dan Safiya baik-baik,” kong si bapa tunggal yang berasal dari Tumpat, Kelantan dan berusia 25 tahun ini.

Sekental mana pun jiwa seorang lelaki pasti akan gugvr jua air matanya, terutama saat terkenangkan nasib Sofiya dan Safiya yang tak pernah kenal sosok tubuh seorang ibu, apatah lagi merasa kasih sayangnya sejak lahir.

“Detik paling mencabar bagi saya bila Sofiya dan Safiya dah pandai bercakap. Bila mereka tengok orang sekeliling ada ibu, bermain dan bermanja dengan ibu mereka, Sofiya dan Safiya dah mula tanya, “Mana ibu kakak, adik Abiy?” sambil merenung saya dengan wajah sed1h.

“Mula-mula dapat tahu arwh tak sedarkan diri, saya d0wn sangat t4kut akan kehilangannya. Tapi apakan daya kita hanya merancang, Allah SWT menentukan. Kalau dulu isteri sentiasa ada, dialah tempat untuk saya bersandar bahu dan bercerita. Tapi sekarang hanya anak-anak tempat saya bermanja, meluahkan perasaan.

“Saya berjanji akan terus kuat demi Sofiya dan Safiya, demi masa depan mereka. Kalau se dih saya tak pernah tunjuk depan mereka sebab tak mahu mereka tahu. Sebab itulah saya perlu sentiasa ceria depan mereka.

“Pesan Ma (ibu) dan Abah, semua yang terjadi ni ada sebabnya. Ingat Allah, ada hikmah di sebalik dug4an ini. Terus kuat seperti mana Ma dan Abah membesarkan kami tujuh beradik tanpa ada apa-apa.”

MOMEN HARI BAPA

“Kenangan ketika pertama kali sambut Hari Bapa ialah ketika Sofiya dan Safiya kejvtkan saya dari tidur dan memberitahu “Abiy..Abiy..bangun Abiy. Lewat dah ni!”

Manakala kenangan paling indah ialah bila Sofiya dan Safiya tengok saya solat dan berdoa sambil men4ngis. Mereka datang tanya, kenapa Abiy n4ngis? Mereka pe luk dan sapu air mata saya.

“Harapan saya agar Sofiya dan Safiya menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan masyarakat, taat suruhan Allah SWT seterusnya menjadi anak solehah serta ingat pengorbanan ibu dan Abiy. Sentiasa kenang jasa ibu bapa yang membantu kita saat su sah mahupun senang.

KALAU ADA JODOH

“Insha-Allah..kalau ada jodoh. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat Sofiya dan Safiya kerana mereka juga perlukan kasih seorang ibu walapun bukan ibu kandung. Saya yakin, Allah SWT sudah aturkan yang terbaik. Tinggal kita saja yang perlu berusaha.

“Nasihat saya khas buat bapa-bapa tunggal di luar sana, jangan lupa galas tanggungjawab sebagai seorang ayah walapun isteri tiada di sisi. Ingat, kalau kita rasa su sah ada yang lagi su sah dari kita. Terus kuat demi anak-anak.”

Sumber: Instagram Syazwan Najmi/NONA

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber