Erma Fatima puji lakonan Beto Kusyairy dalam ‘Mat Kilau’, bangga dari seorang pembantu peribadi jadi aktor hebat

PENERBIT Erma Fatima mengakui bangga melihat prestasi lakonan Beto Kusyairy membawa watak Wahid dalam filem Mat Kilau.

Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 54, berkata Beto Kusyairy mempunyai azam yang tinggi untuk menjadi seorang pelakon hebat.

Justeru itu, Erma menyarankan pengarah dan penerbit memberikan peluang kepada Beto untuk menjadi hero dalam karya mereka.

“Perkara pertama yang ada pada diri Beto adalah semangat keazaman untuk menjadi seorang pelakon yang hebat.

“Saya sangat bangga melihat prestasi lakonan dia sekarang ini, sudah sampai masanya untuk pengarah, penerbit stesen TV untuk mengangkat Beto sebagai watak hero.

“Jadi saya sangat yakin banyak lagi perjalanan yang menanti Beto dan dia sudah berada di tahap tertinggi seperti yang diusahakan sebab memang keingingannya untuk menjadi seorang yang hebat,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Erma turut mendedahkan dia sudah mengenali Beto sejak aktor itu bergelar pembantu dan pemandu peribadinya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber