“Cantik betul Yong, senyum macam mummy.” -Wajah Anak sulung Lisa Surihani raih perhatian

SEMAKIN meriah keluarga pasangan selebriti sama cantik sama padan, Datin Lisa Surihani dan suaminya, Datuk Yusri Abd Halim usai dikurniakan tiga cahaya mata.

Anak sulung, Yahaira Leanne dan dua orang anak lelaki, Yusof Leonne serta Yunos Laith.

Begitupun, umum mengetahui, pasangan tersebut jarang mendedahkan wajah anak-anak mereka di laman media sosi4l.

Terbaharu, menerusi hantaran Yusry di laman rasmi Instagramnya, bekas penyanyi kumpulan KRU itu berkongs1 momen indah ketika membawa ahli keluarganya melawat zoo yang terletak di Melaka.

Menerusi gambar yang dimuat naik, pastinya yang menjadi tumpuan ramai ialah wajah anak sulung mereka, Yahaira.

Semakin besar, semakin cantik anak dara Yusry dan Lisa.

Bahkan, ramai yang memuji wajah comelnya itu saling tidak tump4h dengan Lisa.

Begitu juga dengan senyuman manis si cilik tersebut persis mummynya.

Ke mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Sepertimana penampilan si ibu yang serba sederhana, demikian juga Yahaira atau mesra disapa dengan panggilan Yong.

Tetap manis biarpun tampil ringkas dengan jean dan baju-T yang dipadankan dengan topi.

Bahkan, gelagat Yong bersama adik-adiknya yang teruja melihat haiwan di zoo berkenaan turut mencuit hati.

Untuk rekod, Yong dilahirkan pada 15 September 2015 dan kini sudah memasuki usia 8 tahun.

Sumber : Instagram Yusriabdhalim

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber