“Saya tak sangka…”- Penerbit, Ayu Puteh Terkejut Dengan Bayaran Khatijah Tan

“Pengarahnya Ellie Suriaty, tambah pula ini filem pada zaman dia, jadi tak boleh tol4k.”

Demikian kata penerbit, Datuk Normashayu Puteh atau Ayu Puteh yang menghargai penerimaan pelakon senior, Khatijah Tan untuk membintangi filem terbaharu terbitan syarikat produksinya, Pencil Pictures & Records Sdn Bhd berjudul Saadiah; Bekal Kasih Merdeka.

Ayu berkata, meski pernah menerima pelbagai penghargaan, namun Khatijah yang disapa sebagai Mak tidak berkira atau meletakkan harga terlalu tinggi untuk membintangi naskhah berkenaan.

“Kita ingatkan bila Mak sukakan projek ini selepas selesai baca skrip dan kita memang mahukan Mak, ingatkan dia akan letak harga ‘pot0ng kepala’. Tapi Mak bukan macam tu, seperti segelintir pelakon.

“Dia teruja kerana ini projek filem epik dan mendukung watak Saadiah. Kalau nak diikutkan, dia bintang utama di dalam filem ini sebenarnya. Mak pun bukan bagi sikit-sikit, dia berikan ‘r0h’ untuk filem ini.

“Bila tengok babak lakonannya di set penggambaran Saadiah, buat kami rasa kagum. Memang bakat Mak ‘gifted’ sebagai seorang pelakon,” katanya.

Melihat kepada komitmen tersebut, Datuk Ayu cuba memberikan bayaran yang lebih baik.

“Bila dia letak harga begitu, kami terkejvt. Saya dan Ellie saling memandang. Jadi mengenangkan bakat dan penghargaan kepada Mak, kami ‘tutup mata’, berikan harga lain untuk dia.

“Sebab dialah yang menghidupkan keseluruhan cerita. Harga tersebut dia letak kerana awalnya ia super tele-movie dan tak masuk panggvng, tapi skala nakshah ini besar.

“Mak masuk set dengan babak air mata tu, saya beritahu Ellie (bayaran lakonan) selepas tiga hari penggambaran dan kami saling memahami,” katanya lagi.

Ditanya persembahan Khatijah Tan menerusi Saadiah, Datuk Ayu kagum dan berpuas hati.

“Saya sangat puas hati, tiada komen. Pertama kali ambil Mak berlakon, saya sudah j4tuh cinta dengan dia. Mak juga tidak  ‘diva’, mudah berikan kerjasama.

“Begitu juga dengan pelak0n lain alhamdulillah. Bagi saya, bakat lak0nan yang dimiliki ini tidak boleh dibeli dengan duit,” katanya lagi.

Saadiah; Bekal Untuk Merdeka diinspirasikan daripada kisah balu anggota p0lis, Saadiah Abdullah yang menghantar makanan ke IPD G3rik selama 37 tahun sebagai mengenang arw4h suaminya, Alias Nik Daud yang meningg4l dunia pada 1975 dalam ser4ngan hendap pengg4nas komvnis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di balai berkenaan.

Filem yang turut dibarisi Azriel Ismail, Kaka Azraff, Faizal Hussien dan ramai lagi ini bakal ditayangkan di pawagam tahun hadapan.

Sumber : MH online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber