“Dia nasihat jangan sus4hkan kawan-kawan” – Achey kongsi perkembangan isteri selesai jalani pembed4han, mohon doa orang ramai

SELESAI menjalani prosedur membuang tiub fallopian pada Jumaat, pelawak Achey memaklumkan isterinya iaitu Nor Hasanah Yahaya kini masih lagi berada dalam pemantauan pakar.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, bagaimanapun memberitahu dia masih belum mengetahui perkembangan terkini isterinya yang berada di sebuah hospital di Johor.

“Saya tidak tahu macam mana nak cakap. Apa yang saya tahu dia sedang berehat sekarang.

“Dia masih berada dalam pemerhatian rapi doktor sebab pembed4han kali ini agak lama dan sepatutnya berlangsung selama dua jam sahaja sudah selesai tetapi kali ini mengambil masa yang agak lama,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Achey juga meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan isterinya yang tetap memberi sokongan untuknya membuat persembahan dalam program Muzikal Lawak Superstar 3 yang berlangsung pada malam Jumaat.

Hasanah atau lebih mesra disapa Anne dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu dinasihatkan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia h4mil.

Achey tetap profesional dan membuat persembahan meskipun terpaks4 berjauhan dengan isteri yang baru selesai menjalani pembed4han buang tiub fallopian di sebuah hospital di Johor.

Mengakui sedikit terg4nggu kerana bimb4ng dengan keadaan kesihatan isterinya itu tetapi Achey berfikiran positif dan kekal bersikap profesional.

“Dia masih dalam rawatan, saya anggap pembed4han berjaya dan dia sendiri cakap dengan saya jangan sus4hkan orang lain.

“Pada mulanya agak terg4nggu tetapi dia nasihatkan saya agar jangan sus4hkan kawan-kawan, jangan sus4hkan program.

“Jadi saya hormat dia sebagai insan yang masih memikirkan kepentingan orang lain sedangkan dia bertarung untuk kebahagiaan bersama. Meskipun terg4nggu tetapi saya perlu mengamalkan sikap profesional,” terangnya.

Dalam pada itu, Achey turut memohon orang ramai dan peminat terus mendoakan kesejahteraan isterinya itu.

“Sekarang dia sudah selesai pembed4han tetapi doktor untuk melihat keadaannya sama ada stabil atau tidak.

Jadi saya hormat dia sebagai insan yang masih memikirkan kepentingan orang lain sedangkan dia bertarung untuk kebahagiaan bersama. Meskipun terganggu tetapi saya perlu mengamalkan sikap profesional
ACHEY
PELAWAK

“InsyaAllah saya akan memaklumkan keadaannya dari semasa ke semasa… terus mendoakan isteri saya,” terangya.

Achey tidak dapat menemani isterinya itu kerana terikat dengan persembahan Muzikal Lawak Superstar 3 pada malam Jumaat.

Untuk rekod, Pasangan itu mendirkan rumah tangga pada 2011 dan memiliki seorang anak angkat, Tiara Zinnirah, 4, pada Mei 2018.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber