Tak tergamak sedekah baju s3ksi, wanita ini gali lubang tanam tepi rumah… Ada yang minta tapi maaf, enggan tanggung d0sa!

PENGHIJRAHAN ke arah yang lebih baik bukanlah perkara yang mudah terutama apabila ia melibatkan perubahan diri termasuk cara berpakaian dan pergaulan.

Bahkan tidak ramai yang berjaya istiqamah seterusnya kembali kepada ‘dunia’ mereka sebelum ini disebabkan beberapa faktor seperti persekitaran dan pengaruh rakan.

Untuk itu ada bermacam-macam cara dilakukan oleh mereka yang berhijrah.

Maka tidak hairanlah rakaman video seorang wanita menanam baju-baju s3ksi miliknya menarik perhatian warganet baru-baru ini, iyalah pakaian tersebut kelihatan masih elok dan cantik tetapi dimusn4hkan begitu saja.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Walaupun ramai yang menyatakan rasa sayang, namun bagi pemiliknya yang dikenali sebagai Tasha, ia tidak memberi kesan kerana dia enggan berkompromi dengan hal berkaitan tuntutan agama.

Jelasnya, baju-baju tersebut juga tidak sesuai disedekahkan mahupun diberi kepada orang lain atau dihantar ke pusat pengumpulan baju terpakai untuk golongan memerlukan.

Berpegang kepada prinsip ‘enggan menyebarkan dos4’, wanita terbabit berharap warganet yang melihat videonya tidak mempertik4ikan tindakan yang diambil.

Bersama arwah ibu semasa bekerja sebagai cabin crew.

Bersama arw4h ibu semasa bekerja sebagai cabin crew.

“Baju seks1 tanam saja… kalau prelove (terpakai), nanti kakak pula tanggung dos4 hampa (kamu). Zaman muda j4hil, tak dengar ceramah agama.

“Sekarang masih banyak baju-baju cantik dan branded kak Tasha tak tanam dan nak jual murah-murah. Kalau ada yang berminat dengan baju, kasut, jam, buku-buku, baju budak dan permainan… serendah 10sen.

“Cepat grab, doakan kak Tasha sihat. Semoga banyak lagi rezeki kita dapat kongs1 bersama,” ujarnya.

Ketika dihubungi mStar, ujar pemilik nama sebenar Amylia Nastasha Aziz yang pernah berkhidmat sebagai kru kabin sejak 2010, pakaian tersebut sudah lama terperam di dalam almarinya iaitu sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, ia susulan penghijrahan yang dilakukan semasa masih bekerja dalam profesion tersebut sekitar 2016.

Pelbagai dugaan dilalui sepanjang penghijrahan yang dilakukan.

Pelbagai dug4an dilalui sepanjang penghijrahan yang dilakukan.

“Semasa kerja akak terpaks4 buka tudung, kemudian apabila di luar waktu kerja akak akan kembali memakainya.

“Baju-baju seks1 seperti itu memang dah lama terperam dalam almari. Ada juga yang dibeli tapi tak sempat dipakai… terus sahaja dil.upuskan.

“Lagipun akak nak kosongkan almari yang ada,” luahnya yang berhijrah kerana ingin menjaga diri daripada pandangan orang lain.

Berdasarkan video yang tular di TikTok, ibu tunggal berusia 42 tahun itu dilihat sedang menanam pakaian lama dipercayai di kawasan lapang di rumahnya.

Ia direkod oleh pekerjanya yang ingin menyimpan video tersebut sebagai kenangan.

Tasha berpengalaman lebih 18 tahun sebagai cabin crew dan telah menjejaki pelbagai negara.

Tasha berpengalaman lebih 18 tahun sebagai cabin crew dan telah menjejaki pelbagai negara.

Merupakan anak tunggal dan hidup sebatang kara, Tasha mengakui dia tidak mempunyai tempat untuk membuat ‘rujukan’ melainkan hanya mendengar ceramah agama.

Disebabkan itu, anak jati Pulau Pinang ini mengambil keput.usan untuk menanam pakaian berbanding memberikannya kepada orang lain kerana bimbang terpaks4 men4nggung dos4 si pemakai.

Tambahnya lagi, sejak 2015 dia sudah membina perniagaan sendiri yang dikenali sebagai Tasha Empire sebelum mengambil kepu.tusan untuk berhenti berkhidmat sebagai kru kabin.

Menerusi perkongsiannya, rata-rata warganet menzahirkan rasa terkej.ut melihat tindakan itu.

Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya Tasha menghasilkan sarung bantal atau mix-and-match pakaian tersebut supaya kelihatan seperti muslimah versatil.

Bisnes yang dimulakan sejak 2015.

Bisnes yang dimulakan sejak 2015.

“Mak saya akan recycle buat bantal pel0k atau karpet warna warni macam zaman dulu.

“Teringat mak saya, kain-kain tak pakai ni dia akan jadikan projek alas kaki.

“Sis boleh mix-and-match dengan baju-baju lain jadikan dia fesyen muslimah yang versatil.

“Boleh pakai dalam rumah,” ujar beberapa netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang mendoakannya supaya terus istiqamah dengan penghijrahan diri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber