“Saya Tak Perasan Sebab Tak Berapa Penting,”- Terlepas Konsert Billie Eilish, Nabil Ahmad Anggap Satu Rahmat

Pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad akui turut bersependapat dengan netizen yang mengatakan dia sekeluarga terhind4r daripada terjeb4k dengan perkara mel4laikan apabila terlepas menyaksikan konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022.

Menurut Nabil, dia menyifatkan kesilapan melihat tarikh konsert yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu sebagai satu rahmat.

“Itulah ramai yang komen benda itu ‘l4gha’ (mel4laikan). Saya pun rasa benda yang sama. Memang Allah nak mengelakkan kita daripada bersama dengan benda-benda macam itu.

“Sebenarnya saya beli tiket di bahagian tempat duduk yang orang cakap jauh daripada pentas. Kami pun tak pernah tengok konsert, selalu pergi ke pementasan Disneyland bersama anak-anak.

“Jadi bila mereka dah besar, saya nak ajak mereka rasai konsert artis antarabangsa. Lagipun ini bakal menjadi pengalaman pertama kami sekeluarga.

“Saya sendiri pun sebenarnya nak melihat cara produksi antarabangsa bekerja dan bagaimana mereka mengendalikan konsert itu.

“Tidak dinafikan banyak komen yang saya terima menyatakan Allah lindungi sekeluarga dan itu juga peringatan untuk saya,” katanya kepada MH.

Menurut penyampai radio Era ini lagi, dia menyangka konsert penyanyi yang pernah memenangi tujuh Anugerah Grammy itu berlangsung selama dua malam.

“Ya Allah betul saya tak perasan tarikh sebab benda itu tak berapa penting. Saya beli kelmarin sebab anak-anak yang nak.

“Anak ada beritahu kawannya pergi pada Khamis, jadi saya menyangka tiket kami untuk Jumaat. Saya sebenarnya terkeliru antara malam Jumaat dengan hari Jumaat,”katanya.

VIDEO:

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh ERA – Muzik Hit Terkini (@era.je)

Terdahulu Nabil mended4hkan terpaksa menanggung kerugian RM2540, namun bersyukur kerana seolah-olah petanda yang Allah melindungi mereka sekeluarga daripada perkara melalaikan.

Video yang dimuat naik di platform media sosial Era.je itu telah pun hangat diperkatakan sejak pagi tadi.

Nabil difahamkan telah membeli lima keping tiket berharga RM508 buat isteri dan anak-anaknya.

Foto tiket yang dibeli secara online itu turut dikongsikan di dalam video yang sama.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa lega apabila Nabil terlepas konsert berkenaan berikutan yang sudah kembali berhijrah ke arah yang lebih baik.

“Allah tak izin tu,” komen seorang wargamaya.

“Ada hikmah tu tuan haji,” kata seorang wargamaya.

“Ada hikmah, supaya tak kena kec4m. Dan Allah sayang,” ujar seorang wargamaya.

“Alhamdulillah perancangan Tuhan lebih baik, Allah jaga tuan,” tulis seorang wargamaya.

“Allah bagi lupa, Allah sayang awak Nabil. Pada saya Allah bagi tak kenal langsung siapa artis tu. Tiba-tiba tengok semalam kat medsos ramai gila orang post. Baru tahu kemunculan artis tu,” luah seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 400,000 tontonan daripada warga Instagram.

Kredit Foto: Instagram Nabil Ahmad
Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber