Laku Keras! 90,000 Helai Tudung Wawa Zainal Licin Kurang 24 Jam!

Koleksi tudung terbaharu pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal, Wawa Scarve habis terjual dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dilancarkan, semalam.

Difahamkan sebanyak 90,000 helai terjual dengan anggaran pendapatan RM2.5 juta.

Wawa, 31, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, ini adalah bukti sokongan pelanggan setianya selain menyifatkan ia adalah rezeki Allah SWT.

“Alhamdulillah, untuk keluaran kumpulan pertama (first batch) ini habis terjual. Tipu kalau cakap tak meletakkan sasaran dan harapan tinggi, tapi apabila ia benar-benar terjadi memang bersyukur sangat.

“Pada mulanya buat 20,000 helai, lepas tu 50,000 hingga mencecah 90,000 dan habis terjual. Insya-Allah kita akan keluarkan lagi,” katanya.

Menurut Wawa, apa yang penting bisnes diusahakan itu sekali gus membantu ekonomi peniaga kecil serta hasil pendapatan dapat disumbangkan kepada golongan memerlukan.

“Saya percaya dalam pada ada rezeki kita, pasti ada rezeki orang lain juga. Itu saya cuba tanam dalam diri dan perniagaan ini. Kalau kita dapat bantu mereka yang memerlukan, insya-Allah rezeki itu akan sentiasa ada.

“Sejujurnya, saya seronok melihat ada ramai lagi orang Melayu kita yang mula mencipta kejayaan atas usaha dan kerja keras mereka,” katanya

Dalam masa sama, Wawa berkata, menariknya koleksi kali ini adalah ia eksklusif dan sesuai dijadikan hadiah kepada orang tersayang.

“Macam sebelum ini pun, kita cuba buat rekaan dan warna yang eksklusif. Bukan saja boleh beli untuk diri sendiri.

“Malah juga boleh dijadikan hadiah kepada insan tersayang seperti isteri, mak, adik, kekasih atau rakan,” katanya lagi.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber