‘Arwah Baik, lbu Sayang Damin Sangat’ Rakan Gurau Main Api, lbu Sedih Anak Jadi Mngsa

Sejak malam tadi, kec0h mengenai kejadian menimpa seorang remaja lelaki yang ditemui meninggaI dunia di dalam tandas terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3, Kuala Selangor petang semalam.

Artikel Berkaitan: ‘Pemergianmu Penuh Misteri..’ Adik Damin Terperangkap Dalam Kebakaran Tandas Terbiar

Menurut dua laporan Harian Metro, mngsa Muhammad Damin Mikhail Kansol ditemukan dengan badannya meIecur selepas sofa yang berada berhampiran lokasi kejadian terbakar.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas dua rakan mngsa masing-masing berusia 15 tahun menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, mngsa berusia 16 tahun dikatakan tertidur di atas sofa, tetapi sudah terjaga ketika kejadian.

“Selepas asap tebal dan api makin besar, dua rakan mngsa lari ke luar tandas, manakala mngsa yang dalam keadaan separa sedar selepas terjaga dari tidur melarikan diri ke dalam tandas,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

“Melihat api yang tidak dapat dikawaI, dua rakan mngsa cuba membantu memadamkan kebakaran, namun api semakin besar dan gagal dipadamkan sehingga pihak bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Norazam berkata, pihaknya menerima panggilan kcemasan berhubung kejadian pada 2.35 petang.

“Seramai 19 pegawai dan anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati terdapat myat remaja lelaki berusia 16 tahun di dalam tandas yang terbiar berkenaan dalam keadaan badannya meIecur,” katanya.

Menerusi pemerhatian di laman Facebook, beberapa orang warganet mengucapkan takziah kepada ibu mngsa yang bernama Hizanawati Abu Bakar atau dipanggil sebagai Kak Zana.

Al-Fatihah buat adik Damin

Meninjau di akaun Facebook Hizanawati, dia mengesahkan kejadian tersebut membabitkan anak kelimanya yang meninggaI dunia akibat kebakaran disebabkan gurauan rakan-rakan.

“Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum semua. Dukacita dimaklumkan anak ke-5 sy Muhammad Damin Mikhail Bin Kamsol yang berumur 16 tahun telah pergi ke rahmatullah sekitar 3 petang semalam.

“MeninggaI akibat kebakaran ..(boleh rujuk Berita Harian & Harian Metro – ni semua kes gurau kawan-kawan Damin sendiri ..main bakar-bakar kat sofa yang arwah sedang tidur).

“Sama2 kita sedekah al-Fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org yang beriman.

“Ibu sayang Damin sangat, sebab Damin sangat-sangat baik. Amiin Ya Allah,” tulisnya dalam sebuah posting dimuat naik sebentar tadi.

Sumber dipetik dari DB, HM, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber