‘Delisha Kesayangan Mama..’ Bayi 10 Bulan Men1nggaI Dengan Kesan Lebam Selepas Dihantar Rumah Pengasuh

Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan meninggaI dunia dipercayai selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Seksyen 17, Shah Alam, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Sampai Rumah Pengasuh Tengok Anak Dah Lemah..’ Anak 11 Bulan MeninggaI, Tidak Sedarkan Diri

Bayi itu dikenali Nur Awliya Delisha Mohd. Khairul disahkan meninggaI dunia selepas menerima rawatan di Hospital Shah Alam (HSA).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mngsa berusia 33 tahun kira-kira jam 8 malam pada 19 Ogos lalu.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati bayi tersebut merupakan anak tunggal kepada pengadu yang merupakan pegawai keselamatan di sebuah kilang di Kota Kemuning.

“Berdasarkan siasatan pengadu dan isteri telah ke rumah pengasuh pada jam 4 petang pada 19 Ogos lalu setelah dimaklumkan bahawa anak pengadu tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan di Hospital Pakar Shah Alam (SALAM), di Seksyen 19 mendapati ada kesan lebam di dahi dan disyaki ada pndarahan di otak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mngsa kemudiannya disahkan meninggaI dunia di HSA selang tiga hari kemudian dengan keputusan hasil bedah siasat adalah ‘pending laboratory investigation’.

Kata Mohd. Iqbal, siasatan turut mendapati pengasuh bayi itu berusia 36 tahun serta sedang mengandung lima bulan.

“Pengasuh itu menjaga lapan orang kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 4 tahun termasuk anak pengadu di kediamannya secara bersendirian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ujarnya.

Justeru, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekuIasi dan sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Roshaza di talian 011-39865668.

Terdahulu insiden itu tuIar menerusi hantaran seorang wanita mengenai kejadian menimpa anaknya sehingga meninggaI dunia selepas dihantar ke rumah pengasuh di Seksyen 17, Shah Alam.

Sumber dipetik dari DB, K! Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Jangan Lupa juga untuk follow kami di Fb DUNIA MEDIA!

PERHATIAN : KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HIN44N ATAUPUN CAC14N.

Pihak DUNIA MEDIA tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak DUNIA MEDIA juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Terima kasih.

Sumber